Wednesday, March 5, 2014

"Kenapa Orang Melayu dan Orang Islam Jadi Macam Lembu?, Siti Kassim




Nyaris-nyaris hendak jadi kejadian yang tidak ingini. Ini yang berlaku di Istana Kehakiman di Putrajaya Rabu selepas sekumpulan lebih kurang 20 orang ahli Comango bikin provokasi ketika lebih 2500 umat Islam berkumpul menunggu keputusan 
rayuan gereja Katholik berhubung penggunaan kalimah Allah.
Kejadian itu tidak lama tapi cukup memanaskan keadaan sehingga ada yang terkena balingan objek termasuk botol air mineral.
Pada mulanya, keadaan cukup tenang dan terkawal.

Umat Islam yang berkumpul bersolat hajat, membaca Yasin dan mendengar ceramah di depan Istana Kehakiman.Tiba-tiba bangun dan mara sedikit ke hadapan kira-kira 20 meter ke arah pintu masuk lobi mahkamah sambil melaungkan takbir.
Ia dipercayai selepas melihat kumpulan Comango terbabit yang ada diantara mereka memakai baju tertera kalimah Allah Rabb Al Alamin memberikan bunga kepada paderi-paderi yang hadir ke mahkamah.
Kumpulan umat Islam itu berang kerana ahli Comango berada di kawasan lobi sedangkan mereka berhimpun di luar menyebabkan ada di antara mereka mahu masuk juga ke lobi sehingga berlaku rempuhan dan tolak menolak.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin umat Islam yang berada di situ cuba menenangkan keadaan sebelum ada lontaran objek dari individu tidak dikenali ke arah pintu masuk mahkamah.
Ketika kejadian seorang petugas media turut terkena mikrofon dipercayai dibaling oleh individu tidak dikenali.
Wartawan terbabit, Siti Azielah Wahi berkata, kejadian itu berlaku ketika dia sedang menunggu di pintu masuk Israna Kehakiman dan sedang membuat liputan.
Menurutnya, mikrofon yang dibaling itu terkena pada bahagian muka, namun dia tidak mengalami kecederaan.
Polis bagaimanapun berjaya mengawal keadaan.
Sebelum itu, seorang dari dari kumpulan tersebut yang menyokong kalimah Allah untuk penganut Kristian, Siti Kassim menyifatkan orang Melayu dan umat Islam seperti lembu kerana mematuhi serta percaya kepada ajaran agama yg dibawa oleh alim ulama Islam terutama berkaitan penggunaan kalimah Allah.
Katanya, kalimah Allah bukan untuk orang Islam sahaja, ia untuk semua umat dan makhluk yang dicipta Allah.
"Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.
"Saya datang ke sini atas nama agama Islam...saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.
"Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia," kata kepada media di situ.
Siti Kassim yang memakai t-shirt hitam tertulis 'Allah sekelian alam' berkata, beliau tidak setuju dengan tindakan NGO Islam membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
"Siapa mereka nak menghukum? 

Semuanya biar Tuhan yang tentukan," katanya yang kemudian didatangi seorang aktivis islam menegurnya kerana membuat provokasi dalam kelompok penyokong NGO Islam.
Siti Kassim yang enggan berganjak dan mahu berdebat dengan aktivis berkenaan diarahkan seorang anggota polis supaya tidak menghampiri kumpulan NGO Islam bagi menggelak berlaku ketegangan.
Kata Siti Kassim, sesiapa sahaja makhluk berhak ke atas Allah

1 comment:

  1. Mak siti bolehkah bagi dalil yg menunjukkan kalimah Allah bukan hak aklusif penganut islam di malaysia ? Mak siti tolong baca keputusan penghakman mahkamah rayuan mak siti oi.. .

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.