Thursday, March 20, 2014

Kenyataan Penuh Hishammuddin Mengenai MH370, Sidang Media Rabu



Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 di Sepang, Rabu:

Kenyataan pengenalan.

Pencarian MH370 diteruskan. Seperti yang saya nyatakan dalam sidang akhbar semalam (Selasa), usaha kini membabitkan masyarakat antarabangsa. Fokus utama kami kekal operasi mencari dan menyelamat. Kami kini berusaha mengecilkan koridor carian melalui:

- pengumpulan maklumat satelit

- menganalisis data radar

- menambah aset udara, laut serta darat, dan

- menambah bilangan pakar teknikal.

Kami turut mengambil langkah untuk menangani keperluan keluarga pada masa yang sukar ini.

Perkembangan terkini operasi.

Saya akan mulakan dengan memberi taklimat berhubung perkembangan terkini operasi. Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, pencarian MH370 membabitkan cabaran dari segi diplomatik, teknikal dan logistik. Sehubungan itu, pasukan teknikal utama yang mengendali operasi mencari dan menyelamat dipecah kepada tiga kumpulan:

- satu pasukan diplomatik diketuai Kementerian Luar

- satu pasukan penempatan aset dan logistik diketuai Angkatan Tentera Malaysia

- satu kumpulan teknikal yang mengekalkan kawalan keseluruhan operasi diketuai Jabatan Penerbangan Awam.

Di barisan depan diplomatik, kesemua 26 negara yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat telahpun secara lisan bersetuju membantu operasi ini dan Malaysia secara rasmi sudah memohon kerjasama dari semua negara yang berkaitan.

Sejumlah aset kini hanya menunggu kebenaran diplomatik bagi memulakan operasi. Sebaik menerima kebenaran rasmi, kami boleh mempercepat penempatan aset di sepanjang koridor carian. Seperti yang saya nyatakan semalam, meskipun pencarian masih diselaras oleh Malaysia, rakan kita kini mengambil alih operasi di wilayah mereka dan di sektor yang dipersetujui. Kami mengalu-alukan langkah ini dan sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kita atas bantuan serta sokongan mereka yang berterusan.

Saya boleh mengesahkan bahawa kami menerima beberapa data radar namun tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh dari negara lain. Saya merayu kepada semua rakan kita untuk terus secara sukarela memberi sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan dan pencarian MH370.

Mengenai laporan bahawa pesawat itu dilihat di Maldives, saya boleh mengesahkan bahawa panglima angkatan tentera telahpun menghubungi rakan sejawatan beliau di Maldives, yang kemudian mengesahkan bahawa laporan itu adalah tidak benar.

Titik Laluan.

Saya sedar tentang spekulasi yang menyatakan bahawa titik laluan ditambah kepada laluan penerbangan pesawat itu. Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu terbang di laluan normal sehingga ke titik laluan IGARI.

Tiada titik laluan tambahan didokumen di pelan penerbangan MH370 dan ini menggambarkan laluan normal sepanjang perjalanan pesawat itu ke Beijing.

Siasatan Polis.

Berhubung siasatan polis, sepertimana yang disahkan oleh ketua polis negara, kes ini diklasifikasi di bawah Seksyen 130C Kanun Keseksaan. Semua penumpang, anak kapal dan kakitangan yang mengendali pesawat sedang disiasat.

Kami berkongsi semua maklumat berkaitan kes ini dengan semua agensi penyiasatan antarabangsa yang memerlukannya. Kami telahpun menerima laporan berkaitan latar belakang penumpang dari semua negara kecuali Ukraine dan Rusia, yang kedua-dua rakyatnya turut berada dalam pesawat itu. Setakat ini, tiada maklumat yang didapati signifikan berkaitan mana-mana penumpang.

Kepakaran tempatan dan antarabangsa diambil untuk meneliti simulator penerbangan juruterbang terbabit. Beberapa data didapati telahpun dipadam daripada simulator itu dan kerja-kerja forensik untuk mendapatkannya kembali sedang dilakukan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa penumpang, juruterbang dan anak kapal adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Demi keluarga mereka, saya minta agar kita jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh menyulitkan lagi keadaan.

Pasukan Peringkat Tinggi.

Saya ingin mengumumkan bahawa sebagai tambahan kepada pasukan sedia ada di lapangan, Malaysia kini menghimpun satu pasukan peringkat tinggi yang akan berlepas ke Beijing secepat mungkin. Pasukan ini akan memberi taklimat dan perkembangan kepada waris berkaitan situasi terkini dan pelan operasi mencari serta menyelamat.

Pasukan itu termasuk wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines. Pasukan itu akan diketuai Leftenan Jeneral Dato' Sri Ackbal Abdul Samad (Komander Operasi Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia), dibantu oleh Ahmad Nizar Zolfakar (Pengarah, Perkhidmatan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam) serta membabitkan seorang juruterbang kanan pesawat 777.

Kenyataan Penutup.

Kami akan berusaha bersungguh-sungguh. Fokus utama kami ialah operasi mencari dan menyelamat. Kami kini melakukan segalanya bagi mengecilkan kedua-dua koridor carian.

1 comment:

  1. BENCI betul si media-media besar Barat-ZIONIS DAJAL seolah macm. suka sgt bila jadi kecoh; saya syak keluarga mangsa tu DIHASUT si PEMBANGKANGPELIWATSONGSANG utk. MENGAMOK, supaya dpt. menunjukkan seolah K'jaan kita 'lemah'! K'jaan kita jgn. TUNDUK dan salahkan POLIS kita yg- berhak mengawal keadaan huru-hara itu!

    Lihat pengkalan tentera US di Diego GarCIA telah membatalkan semua penerbangan selama 3 HARI pd. hari MAS hilang (walau pengkalan Diego GarCIA ini juga ada 2,000 pekerja bukan tentera contohnya kontaktor dll – tapi latarbelakang dan pergerakan pekerja-pekerja ini dan pelawat -pelawat ditapis/dikawal dgn. ketat, dan kenderaan bermotor persendirian tak dibenarkan; lihat di http://www.militaryinstallations.dod.mil/pls/psgprod/f?p=132:CONTENT:0::NO::P4_INST_ID,P4_INST_TYPE:930%2CINSTALLATION )!

    Maka, K’jaan kita JANGANlah nak PERCAYA sgt. si KAPIR DAJAL Intelligence FBI/CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat) (yg. sebenaqnya sudah dikuasai Mossad-Israel/ZIONIS)! CIA dan ejen tempatannya dr. PENGGANAS Red Bean serta PEMBANGKANGPELIWATSONGSANG, tak habis-habis nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA di tengah Lautan Hindi! Dan pi MAMPOSlah si DALANG-DUA-MUKA White HouseZIONIS itu!

    Lagipun, hairan betul media-media besar Barat-Zionis terutamanya CNN, tak lansung bangkitkan kenapa pengkalan militari US di Diego GarCIA ini, dgn. sistem satelit yg. pasti amat canggih, tak dapat kesan lansung MAS di RADARnya, kalau kononnya melintasi Lautan Hindi ke atas Kepulauan Andaman dari awal lagi!

    Sedgkn tentu pengkalan militari US ini akan memantau seluruh Lautan Hindi di RADARnya utk. kemungkinan ia disasarkan ‘teroris’ melaui laut atau udara, termasuk melalui peluru berpandu (yg. takkan ada radar pun). Tapi CIA/Pentagon sebelum ini tahu pula MAS dah ‘terhempas’ di Lautan Hindi – sekarg. dah nafi pula! Lihat di di http://maelpengerang.blogspot.com/2014/03/mh370-prayformh307-kenapa-satellite.html, Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370? , March 15, 2014; dan https://www.facebook.com/PeopleForTrueRuleOfLaw/posts/10203269067105644, A MILITARY HIJACK BY AMERICAN AWACS PLANES (over patent rights owned by a Rothschild)?; http://www.mazidulakmal.com/2014/03/diego-garcia-satu-kebarangkalian.html, DIEGO GARCIA : SATU KEBARANGKALIAN, Mac 20, 2014; dan http://musramrakunman.blogspot.com/2014/03/mh370-masuk-hari-ke-14-kehilangannya.html, MH370: Masuk Hari ke-14 Kehilangannya- Sebenarnya Amerika Tahu Di Mana Pesawat Itu, 20 March 2014; http://www.nst.com.my/nation/general/could-vital-info-be-down-under-1.520539, Could vital info be Down Under?, By HARIS HUSSAIN AND FARRAH NAZ KARIM, 19 March 2014 !

    Lihat di http://beforeitsnews.com/global-unrest/2014/03/flight-mh370-mystery-diego-garcia-suspended-all-flights-on-march-8th-for-72-hrs-2458394.html:

    Flight MH370 Mystery. Diego Garcia Suspended All Flights On March 8th for 72 hrs.

    March 19, 2014
    (Before It's News)

    By now, it should be obvious to people they are hiding something in Diego Garcia. The latest info just piles on top of a mountain of evidence that flight 370 is in a hangar in Diego Garcia.

    ….Notice they have completely erased all posts between March 6th, and March 9th. There is some very weird stuff going on down in creepy Diego Garcia, a place where the US operates completely independant of the constitution.

    Edit to add, here is a link to the Diego Garcia Passenger facebook page with the March 8th flight schedule. Notice all other flight schedules throughout the month all had several flights schedules. The fact that no flight were scheduled for 3 days during the time MH370 went missing, all maintenance crew most likely were off on leave. Great time to sneak in an aircraft.

    https://www.facebook.com/pages/Diego-Garcia-Passenger-Terminal/242934902443795

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.