Thursday, March 27, 2014

Khalid belasah Azmin dan Zuraidah



Pertukaran posisi menteri besar bukan semudah dijangka kerana ia membabitkan sistem monarki beraja yang dipraktikkan negeri, demikian reaksi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid membidas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin yang sebelum ini menyebut posisi itu akan bertukar dalam menjayakan misi Langkah Kajang telah mencetuskan persoalan dari pihak istana.

“Pegawai istana bertanyakan saya perkara ini (tukar menteri besar) sama ada mereka ini (Azmin dan Zuraida) arif dalam memahami adat dan tertib istana serta enakmen negeri.

“Oleh sebab itu, saya rasa perbincangan melibatkan kerusi menteri besar mesti mengambil kira peranan PR dan peranan Sultan. Kena faham dulu semua perkara bertindak,” katanya ketika sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa PR berhak untuk mengadakan perbincangan dalam setiap perkara namun mereka perlu faham praktis sistem monarki dan enakmen negeri.

Walau pun Kemenangan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di Dun Kajang 23 Mac lalu menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi dilihat bakal menggantikan posisi Khalid namun dengan kedudukan itu sebab itu bukanlah mudah bagi PR menawan Putrajaya.

2 comments:

  1. Siapa plak kata senang? umno sudah goyang, putrajaya menjadi idaman! LoL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hg pi cium pungkok anwar dulu,lps tu cium pungkok wan jijah,buat perbezaan pungkok sapa yg paling busuk....cuba teka?

      Delete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.