Friday, March 14, 2014

Khir Toyo Kata Wan Azizah Akan Menang Besar Di Kajang?


Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo meramalkan Dr Wan Azizah Ismail akan menang besar dalam pilihan raya kecil DUN Kajang 21 Mac ini.lapor Free Malaysia Today selepas dihubungi melalui telefon.

“Saya jangka undi Wan Azizah akan bertambah kerana pengundi PKR tidak berubah sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding atau tidak.

“Situasi sokongan pengundi Kajang juga tidak menyebelahi BN. Pengundi Umno adalah golongan tua ini bermakna ada yang sudah meninggal dunia atau pun sakit.

“Manakala orang masih memerhati MCA ekoran baru memilih pucuk pimpinan, Gerakan pula tidak banyak pengaruh,” katanya.

Wan Azizah katanya turut dikenali dengan panggilan Kak Wan menghadapi Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun dalam saingan satu lawan satu di DUN Kajang.

Dr Mohd Khir juga mendakwa, kempen Umno masih lagi berkisar kepada penyokong mereka sahaja dan beliau mencadangkan supaya petugas umno agar keluar dari kepompong ini,” tegasnya.


Jangan kempen syok sendiri, kempen pada jentera parti buat apa.

Beliau juga menjelaskan sokongan orang muda tidak menyebelahi BN apatah Kajang ini mempunyai beberapa pusat pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia. BN semakin sukar untuk mempengaruhi orang muda kerana jentera BN tidak mesra orang muda. Mereka hanya berada dalam kelompok mereka sahaja, kata Dr Khir lagi

“BN kena mendapatkan pengundi muda jika mahu menang jika tidak kempen hanya membuang masa dan wang sahaja,” katanya lagi.

BN perlu bersedia menjawab isu-isu yang telah diutarakan oleh pemimpin pembangkang dalam ceramah mereka.

Kepada pemimpin umno terimalah kritikan ini secara positif dan yang penting perlu keluar daripada kepompong.

2 comments:

  1. Dia ni pun sama mcm mike tyson gak ni. Kita ni yg tak ada apa2. Dorang dah kenyang.

    ReplyDelete
  2. Bezanya pintu dia dh bukak mike tyson shafiee abdullah tutupkan. Kalau tak pindah rumah di australia dh.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.