Sunday, March 16, 2014

Konsert Apakah Ini Seolah-Olah Berada Dinegara Barat



Konsert apakah yang mereka buat ini sehingga membiarkan remaja mengambil dadah dan alkohol semata-mata untuk menikmati muzik.

Apakah tidak ada pemantauan daripada pihak berkuasa terhadap perlaksanaan konsert ini.

Kita tahu anak muda perlukan hiburan tetapi hiburan itu perlu dikawal agar tidak berlaku penyalahgunaan dadah dan arak.

Siapakah penganjur konsert ini juga dipertikai. Difahamkan syarikat Live Scape Sdn Bhd adalah syarikat yang menganjur konsert maksiat ini.

Siapakah pula pemilik syarikat Live Scape ini?

Apabila kita google nama Iqbal Ameer muncul.

Siapa Iqbal Ameer ini?

Klik Disini 

Dalam link yang sama ada diberitahu Iqbal Ameer ini juga terlibat dalam bisnes berkaitan arak dan alkohol.

Iqbal Ameer ini juga sebenarnya bukan calang2 orang. Rupanya dia anak kepada pemilik rangkaian perniagaan MYDIN.

Dan syarikat Live Scape ini juga bukan syarikat baru. Syarikat ini memang terkenal dengan penganjuran pelbagai jenis konsert bertaraf antarabangsa.




Apakah konsert yang cuba dianjurkan?

Konsert Festival Future Music.

Apakah disebalik penganjuran konsert tersebut?

Konsert tersebut kononnya dikatakan berperanan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai hub music antarabangsa sekaligus menaikkan nama MALAYSIA sebagai salah satu tempat pelancongan bagi masyarakat eropah.

Tetapi apa yang berlaku?

Pada hari pertama konsert tersebut berlangsung sudah berlakunya insiden yang kurang enak. Iaitu 3 individu yang menghadiri konsert tersebut dikesan positif dadah dan telah ditahan. Polis telah membuat siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Pada hari kedua, sekali lagi polis terpaksa bergegas ke lokasi apabila 6 maut manakala 4 yang lain berada dalam keadaan kritikal akibat kegagalan bernafas angkara pengambilanan dadah dan alkohol secara berlebihan.

Ini melibatkan 3 buah negara iaitu penonton dari Malaysia, Singapura dan juga Indonesia.

Insiden ini sebenarnya mencemarkan nama baik ketika negara menghadapi situasi getir iaitu misteri kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini tiada sebarang petunjuk diperolehi.

Jelas, konsert ini walaupun berniat baik mahu mempromosikan Malaysia sebagai hub hiburan tetapi agak keterlaluan dalam penganjurannya.

Percayalah insiden ini terlalu memalukan selepas kejadian bomoh Zam zam alakazam di KLIA. Ketika ini media seluruh dunia berkampung di Malaysia jika mereka tahu kejadian ini pasti akan lebih panas isu ini.

1 comment:

  1. Menteri pelancongan kena jawab ni (haritu, dahlah Pualu langkawi yg. penuh tradisi Melayu/Islam, pusaka nenek moyang berzaman kita, kononnya nak dijadikan spt. negara KAPIR MONACO - terutamnya utk. pelancong kaya dgn. 'yatch' mereka)! Tak payahlah nak MENGGADAI Tanah Melayu ini sbg. negara Islam utk. memuaskan NAFSU BUAS pelancong Barat, hanya utk. keuntungan semata - baik tumpukan pad pelancongan SOPAN dr. Dunia ISLAM!

    Dahlah kat Barat, umat Islam yg. alim, termasuk yg. pakai tudung dan kopiah, diHINA dan DIPIJAK sesuka hati! Tak lama lagi, agaknya pelancong Barat sampai boleh BERBOGEL dan berpesta arak kat pantai kita - sekarang pun dah hampir separuh telanjang!

    Dan nampaknya, anak muda Islam/Melayu kita terus diJAHANAMkan budaya syaitan KAPIR Illuminati Barat-Zionis, yg. mencipta dan memaksa falsafah, budaya dan undang-undg LIBERAL Barat-Zionis ke atas seluruh Dunia termasuk Dunia Islam - tetapi sebenarnya di mana gaya hidup mcm. BINATANG BUAS-PENGIKUT-SYAITAN, yg. rakus memuja wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah-pengguguran anak (termasuk kanak-kanak)/bertelanjang-beraksi lucah dpn. awam, dadah, alkohol dan perjudian dsbnya - akan terus menjahanamkan akhlak, akidah dan tamadun umat Islam, terutamanya anak muda Islam, yg. sering TERSIHIR dgn. industri seni Hollywood/Barat-Zionis!

    Apa maknanya Illuminati ini - lihat di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html, Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; dan http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone. Dlm. industri seni Barat, tamadun syaitan Illuminati ini juga diPUJA oleh kumpulan KAPIR Heavy Metal/mana-mana artis yg. berperangai-BUAS-mcm-haiwan, termasuk Madonna, Lady Gaga, Keisha; Rihanna, Beyonce, Miley Cyrus dsbnya – lihat http://www.altheadlines.com/famous-illuminati-members-13248490/, Famous Illuminati Members, By: David Veritas, May 14, 2013; dan http://www.altheadlines.com/top-10-illuminati-symbols-hidden-in-plain-sight-13249963/, Top 10 Illuminati Symbols Hidden In Plain Sight, By: David Veritas, July 23, 2013.

    Sebenarnya, tamadun Barat-Zionis memang adalah tamadun seperti binatang-buas-pengikut-SYAITAN; lihat saja sejarah empayar Roman, yg. begitu diagungkan si Barat-Zionis; penuh hedonisma dan keganasan! Dan lihat pula di zaman moden ini, cthnya Sweden yg. baru keluarkan undg-undg DAJAL di mana onani/melancap (masturbation) sah di tpt. awam, termasuk dlm. bas/taman/pantai dsbnya (lihat di http://www.huffingtonpost.com/2013/09/18/public-masturbation-legal-sweden_n_3949742.html).. Dan di Jerman pula, MEROGOL HAIWAN (termasuk ’zoo‘ khas utk. rogol segala mcm. haiwan) adalah sah dlm. undg-undg - lihat akhbar (anti-Islam) di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2352779/Bestiality-brothels-spreading-Germany-campaigner-claims-abusers-sex-animals-lifestyle-choice.html !

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.