Tuesday, March 11, 2014

Lebih 80 Jam Hilang Bomoh Korporat Tawar Khidmat Mencari MH370


Sudah lebih 80jam misteri kehilangan pesawat Mas MH370 belum lagi terjawab. Bomoh korporat Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin menawarkan khidmat alternatif untuk mengesan kehilangan tersebut.

Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zain merupakan Pengasas Pesatuan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGGM)

Walaubagaimana pun kerajaan amat mengalu-alukan usaha Datok Ibrahim Mat Zin untuk membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang, dalam apa jua cara selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata keterbukaan itu tidak menghalang mana-mana pihak menggunakan kaedah masing-masing namun dari segi perbomohan, ia tidak boleh dilakukan sehingga melanggar batas agama.

"Kita alu-alukan semua untuk bantu, sekarang tidak timbul soal mistik kerana yang penting pencarian kita dan kalau hendak mencari mestilah bertepatan dengan landasan agama.

"Saya minta mana-mana pihak jangan buat perlakuan yang bertentangan dengan syariat...dalam kaedah perbomohan, saya minta ia dilakukan tidak bercanggah dengan agama," katanya  di Shah Alam.

Jamil Khir berkata biarpun tidak semua rakyat dapat menghulurkan bantuan secara fizikal, namun doa yang berterusan supaya pesawat tersebut dijumpai adalah amat diperlukan.

Tambahnya, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang komen negatif ataupun kutukan berhubung insiden itu sehingga mampu mengguris hati keluarga penumpang pesawat malang tersebut.

Pada Sabtu lepas, pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu hilang dari imbasan radar pada 1.30 pagi, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa penumpang terdiri daripada warga 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.

Sehingga kini sudah lebih 80jam, pesawat itu masih belum dapat dikesan.

3 comments:

  1. Kalau Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin ikut cara Islam - BAGUSLAH kerana membantu!

    YA ALLAH, skrg. si KAPIR DAJAL Barat-ZIONIS nak MELAGAkan umat Islam pula, kononnya Iran mungkin terlibat ("killing THREE birds with one stone" - Malaysia, China dan Iran - apa lagi Iran amat dibenci Barat-Israel!)! Lihat EVANGELIS Star di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/03/10/missing-mh37o-tickets-booked-in-pattaya/ , Missing MH370: Iranian "Mr Ali" bought impostors' tickets in Pattaya, Monday March 10, 2014 (tapi muka si Yahudi Zionis pun ramai mcm. org. Persia/Arab, sebab itu senang menyamar jadi pengganas al-Qaeda contohnya)

    Puak Syiah yang aktif di Malaysia dan mana-mana negara Islam yang Sunni atau Syiah, yang menghasut umat Islam untuk berbunuh sesama sendiri, disyaki di didalangi PENGGANAS al-Qaeda dan juga pengganas pemberontak 'Iran' dari Mujahideen-e-Khalq (MEK), yang sebenarnya diTAJA oleh Barat-Israel sendiri untuk menjatuhkan kerajaan Islam termasuk K’jaan Iran.

    Bahkan CIA-MI6-Mossad bersama MEK ini, ini juga terlibat dalam sindiket dadah global, seperti yang ditaja mereka di Afghanistan, Mexico dan Latin Amerika (dan juga disyaki di Malaysia/Asia), untuk menghancurkan moral jenerasi muda dan meningkatkan jenayah akibat penggunaan dadah untuk menghuru-harakan negara, di Dunia Islam dan Dunia Ketiga, yang kaya minyak-gas.

    Sebab itu fahaman Syiah mesti dihalang dari merebak di M'sia/Indonesia; mahupun di mana-mana negara Islam yang berasaskan Sunnah wal Jamaah, juga sbg strategi PENGHALANG. Sila lihat di:

    1. http://www.policymic.com/articles/6587/u-s-funded-iran-terrorist-group-says-shocking-report, U.S. Funded Iran Terrorist Group, Says Shocking Report, Michael Luciano;

    2. http://thehill.com/blogs/global-affairs/middle-east-north-africa/292771-iranian-opposition-to-open-washington-office, Iran’s MEK to open Washington office, By Julian Pecquet, 04/09/13; dan

    3. http://www.intrepidreport.com/archives/968, Zeta gang connected to U.S. Special Forces/Mossad, By Wayne Madsen, March 10, 2011.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. Mintak ibrahim mat zin tanya nelayan yg nmpk dulu sblm rujuk pd dca.insyaallah

    ReplyDelete
  3. Bomoh, kahin, tukang tenung tidak memberi jawapan tepat, kerana ia semata mata andaian. Andaian boleh jadi benar tp kebiasaannya tidak, walau pun benar ia ttp pendusta. Kena ingat pesan Nabi saw, bomoh ni, jumpa sj dgn niat minta pndgn boleh merosakkan amal. Jika percaya, lebih parah lg, dikatakan "telah kufur dgn apa yg aku bawa". Rujuk Asy Syu'araa' 221-223, Tuhan kata pendusta, bila jika percaya kpd mrk bererti telah tidak percaya dgn apa yg difirmankanNya dlm Al Quran.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.