Saturday, March 8, 2014

Maritim Malaysia tidak temui Sebarang Objek di lokasi pesawat dilaporkan hilang


Pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang dan 12 krew dilaporkan terhempas ke dalam laut iaitu 246 kilometer dari luar pantai pulau Tho Chu di Vietnam.

``Buat masa ini, tidak ada bot-bot tentera laut Vietnam di kawasan itu, oleh itu kami meminta bot dari pada pulau Phu Quoc supaya bersedia untuk operasi menyelamat,’’ kata Laksamana Ngo Van Phat kepada portal berita Tuoi Tre.

Pulau Tho Chu dan Phu Quoc terletak barat daya di selatan Vietnam.

Bagaimanapun, pegawai itu gagal dihubungi menggunakan telefon dan tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tahu di mana pesawat MH370 itu terhempas dan bangkai kapal berada.

Sementara itu Kapal laut KM Amanah milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah sampai ke lokasi pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang dari radar namun tidak menjumpai sebarang objek.

Jurucakap Maritim Malaysia berkata, dua lagi kapal laut milik agensi itu sudah menghampiri lokasi pesawat itu dilaporkan hilang sebelum ini.

Sebuah helikopter turut digunakan bagi operasi mencari dan menyelamat.

Kali terakhir isyarat daripada penerbangan MH370 itu dikesan ialah di 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di perairan Laut China Selatan dan tiada petanda kecemasan daripada pesawat B777-200 dengan 239 orang dalam pesawat berkenaan.

Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi kira-kira dua jam selepas berlepas.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.