Tuesday, March 25, 2014

Mas Kata Tiada Serpihan Ditemui Kesimpulan Berdasarkan Petunjuk Sahih


Di sebalik berita yang mendukacitakan mengenai pesawat MH370 semalam, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata ianya adalah berdasarkan peningkatan petunjuk sahih yang diperolehi.

"Adalah mustahil untuk meramalkan berapa lama masa siasatan yang akan diambil. Tetapi selepas 17 hari, pengumuman yang dikongsi semalam adalah realiti yang kita perlu terima” katanya

Apabila ditanya bagaimana pihak berkuasa mengesahkan bahawa pesawat terhempas walaupun tiada serpihan ditemui, Ahmad Jauhari menjawab, mereka membuat kesimpulan tersebut dari petunjuk yang boleh dipercayai.

"Malam tadi Perdana Menteri berkata beliau telah dimaklumkan tentang petunjuk yang boleh dipercayai di mana pesawat itu berakhir. Ia terletak jauh di kawasan terpencil.

"Selepas 17 hari, itu yang boleh kita simpulkan setakat ini" katanya lagi.

Ahmad Jauhari berkata bagaimanapun MAS akan terus menyokong kerja-kerja pihak berkuasa mencari dan menyelamat di selatan Lautan Hindi.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.