Thursday, March 13, 2014

Mayat ditemui di Selat Melaka bukan penumpang pesawat MH370


Mayat yang dilaporkan ditemui di perairan Selat Melaka pada awal hari ini disahkan bukan penumpang pesawat MH370 yang sehingga ini masih hilang.

Polis Indonesia mengesahkan mayat itu sebagai Abdi Sasmita, 54 tahun, warga Desa Bangun Sari di Deli Serdang, Sumatera Utara.

Lelaki itu disahkan seorang pemancing yang hilang di perairan dekat Pantai Kuala Aceh, pada petang Ahad.

"Berdasarkan laporan, dia terjatuh setelah kapal yang dia tumpangi bersama tiga orang lainnya dihentam ombak," kata pegawai polis Indonesia seperti dipetik oleh laman web berita Merdeka.com.

Mayat itu dibawa ke Pelabuhan Ujung Bom, Tanjung Tiram, Batubara sebelum dipindahkan ke hospital.

Sementara itu, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan tiada mayat ditemui setakat ini.

3 comments:

  1. Mohon check kat sini. Flight MH370 selamat sampai di Beijing kalau tengok lat map website Flightradar http://www.flightradar24.com/2014-03-08/17:00/12x/MAS370/2d9dd5b

    ReplyDelete
  2. Cuba check sini.. Flight tu tiba di Beijing kalau tengok kat Flightradar ni

    http://www.flightradar24.com/2014-03-08/21:53/12x/MAS370/2d9dd5b

    ReplyDelete
  3. Sedihnya - Innalillahi Wa Innailaihi Raji’un.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.