Tuesday, March 11, 2014

Mei Fun lawan Wan Azizah di Kajang




Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pegawai Pengurus PRK DUN Kajang, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman yang berkata Mei Fun menghantar borang pencalonan pada pukul 9.07 pagi sementara Wan Azizah pada pukul 9.10 pagi.

Dianggarkan kira-kira 3,000 penyokong kedua-dua belah pihak berkumpul di pusat penamaan calon di Stadium Majlis Perbandaran Kajang di Bandar Baru Bangi ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Hari pengundian awal akan berlangsung pada 19 Mac sementara hari pengundian pada 23 Mac.


Wan Azizah terpaksa menggantikan Anwar Ibrahim setelah mahkamah mendapati Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun

Ini bererti Anwar Ibrahim bukan setakat tidak layak menjadi wakil rakyat malah beliau tidak layak menjadi pemimpin kepada rakyat Malaysia.

Malangnya Anwar Ibrahim menjadikan kes liwatnya sebagai subjek untuk beliau terus ke Putrajaya dengan mengheret rakyat yang tidak tahu menahu dalam kes liwatnya.

Beliau menuduh kononnya hakim telah dibeli oleh umno dan merancang konspirasi bagi menjatuhkan dirinya.

Kenapa beliau tidak memberitahu rakyat bagaimana air maninya ada dalam dubur Saiful. Peguam handal yang diupah oleh beliau pun gagal menimbulkan keraguan yang munasabah tentang air mani tersebut.

Rakyat Malaysia hari ini semakin bijak menilai yang mana benar dan yang mana sengaja diada-adakan oleh Anwar Ibrahim. Jika dilihat demonstrasi untuk pertahankan Anwar Ibrahim di Kajang dan Dataran Merdeka menemui kegagalan kerana ramai rakyat Malaysia merasakan perbuatan itu hanya membuang masa sahaja.

Dalam kempen di Dun Kajang Anwar Ibrahim akan pergunakan Wan Azizah untuk menangisi sebagaimana beliau lakukan pada 1998 dan 2004 lalu.

Anwar akan gunakan istilah konspirasi dan refomasi dalam kempen yang sedang berjalan di Dun Kajang ini

1 comment:

  1. Tatkala AIR di catu di Selangor, AIR MATA Azizah akan bercucuran di Kajang bagi menutup kisah AIR MANI Anwar yang di taburkan di merata lubang!!!!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.