Monday, March 10, 2014

Misteri Kehilangan MH370 Belum Terungkai



GAMBAR berhubung misteri kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menerusi penerbangan MH370 pada Isnin.


Episod kehilangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) kini memasuki 63 jam 40 minit dan tertumpu kepada dua penumpang misteri yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport palsu milik warganegara Itali dan Austria.

Ketika anggota keluarga penumpang semakin resah apabila tiada penemuan selepas lebih daripada 24 jam, misteri dua penumpang itu menimbulkan pelbagai teori yang mengaitkan mereka dengan kehilangan pesawat MH370.

Selain memfokus kepada teori pesawat terhempas, laporan media asing dilihat mengaitkan kemungkinan MH370 dirampas atau meletup di udara.

Bagaimanapun, teori pesawat itu meletup di udara mungkin ditolak setelah akhbar The New York Times, yang memetik pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini sebagai berkata data pemantauan awal yang diperiksa Pentagon mencadangkan MH370 tidak meletup di Laut China Selatan semalam berdasarkan sistem pemantauannya di seluruh dunia.



MH307
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di Sepang.
MH370

Ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 yang diasak media China ketika hadir di lapangan terbang di Beijing.
MH370
Ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 (kiri) ditemani kaunselor MAS ketika hadir di KLIA.MH370

Ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 berada dalam keadaan resah sementara menunggu perkhabaran terkini mengenai status pesawat berkenaan di KLIA.
MH370
Pihak keselamatan MAS mengawal ketat laluan keluarga penumpang MH370 yang turut dipenuhi kumpulan media tempatan dan antarabangsa.
MH370
Inilah jumlah pengamal media dari dalam dan luar negara yang hadir pada setiap kali sidang media mengenai perkembangan terbaru misteri kehilangan pesawat milik MAS menerusi penerbangan MH370.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.