Tuesday, March 11, 2014

Nelayan Nampak Pesawat Terbang Rendah, Pemuda KB Nampak Cahaya Menjunam Ke laut


Ada dua info yang diterima oleh media pertama seorang nelayan Azid Ibrahim 
mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah kira-kira pukul 1.30 pagi pada awal pagi Sabtu semasa sedang memancing ikan di perairan Pantai Kuala Besar, dekat sini.

Info kedua seorang peniaga dari Ketereh Alif Fathi Abdul Hadi, 29(gambar) mendakwa terlihat cahaya cerah berwarna putih yang dipercayai dari sebuah pesawat, menjunam pada kelajuan tinggi ke laut kira-kira jam 1:45 pagi , di hari hilangnya pesawat penerbangan MH370 dari KL ke Beijing awal Sabtu lalu.

Dia mendakwa terlihat cahaya tersebut dari pintu belakang rumahnya yang bergerak ke arah laut menghala ke Bachok dari rumahnya yang disebut sebagai pelik.

Sementara itu, tiada laporan penemuan sebarang petunjuk mengenai pesawat yang hilang itu daripada nelayan di sekitar Kelantan walaupun ada nelayan laut dalam yang menangkap ikan sejak seminggu lalu di kawasan terakhir pesawat malang MH370 terputus hubungan.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Wan Mohd. Adnan Wan Ibrahim berkata lebih 4,000 nelayan termasuk kira-kira 400 nelayan laut dalam tidak menjumpai apa-apa petanda yang boleh dikaitkan dengan pesawat itu.

"Kalau ada penemuan mereka akan sebarkan kerana kita ada sistem komunikasi," katan Wan Adnan.

Jelas beliau, sekiranya pesawat itu terhempas ke laut, pukat tunda dan pukat tarik nelayan mampu mengaut dan menarik sebarang objek di dasar laut dengan kedalaman sehingga 30 meter.

Tambah beliau, kawasan dasar laut perairan negara di Laut China Selatan tidak dalam dan rata-ratanya sekitar 100 meter dalam dengan dasarnya ada yang berbukit dan ada yang datar.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.