Friday, March 21, 2014

Objek Yang Dikesan Oleh Satelit Australia Mungkin Sudah Tenggelam


Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss hari ini menyatakan objek dikesan terapung di Lautan Hindi oleh satelit mungkin sudah tenggelam.

Beliau berkata, ia kemungkinan berlaku kerana imej satelit itu diambil pada 16 Mac lalu dan terlalu lama terapung. Berdasarkan kawasan laut yang bergelora dan cuaca buruk.

"Sesuatu yang sudah terapung sebegitu lama mungkin telah tenggelam,"’’ katanya di Perth.

Sebelum ini pihak Keselamatan Australia(AMSA) mengesahkan objek yang dikesan oleh satelit Australia terapung di Lautan Hindi mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.

1 comment:

  1. Wayang Aus and US (polis dunia) ckp jumpa kt tpt jauh..bila pegi dah tengelam..just nk cover supaya tidak fokus carian kat laut andaman..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.