Saturday, March 8, 2014

Pakatan Akan Boikot Sidang Parlimen pada 11 Mac


Majlis Presiden Pakatan Rakyat telah sepakat membuat ketetapan bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat akan boikot sidang parlimen 11 Mac ini.

Ia ekoran kononnya tindakan mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak adil dan keputusan yang bakal dikenakan terhadap Karpal Singh di bawah Akta Hasutan juga dipertika.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, serta Setiausaha organisasi DAP, Loke Siew Fook.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan hadir di Parlimen sebagai tanda bantahan terhadap salah guna badan kehakiman, solidariti untuk Karpal Singh, dan untuk bersama calon Pakatan Rakyat pada penamaan calon Pilihan raya Kecil DUN Kajang.

Menurut Pakatan, keputusan mahkamah memenjarakan Anwar dan tindakan terhadap Karpal merupakan bukti terang bagaimana Umno-Barisan Nasional terus menyalahguna institusi kehakiman.

1 comment:

  1. please la umno bn ambil tindakan saman fitnah.kalau tak sampai bila pun penyokong pakatanrakyat ni dok percaya yang umno bn ni konspirasi nak jatuhkan anwar dan karpal

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.