Thursday, March 27, 2014

Pemimpin Hamas mengutuskan ucapan takziah kepada Perdana Menteri


Pemimpin Hamas Khaled Meshaal mengutuskan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang disahkan hilang di selatan Lautan Hindi selepas 17 hari operasi mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai negara dijalankan.

Menurut Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), yang memetik laporan Pusat Penerangan Palestin, pengerusi biro politik Hamas itu menelefon Najib pada Rabu petang untuk menyampaikan ucapan takziah beliau.

Dalam perbualan telefon itu, Meshaal turut menyuarakan setiakawan penduduk Palestin kepada keluarga yang sedang berkabung dan menyampaikan takziah mereka kepada rakyat Malaysia yang menurutnya sentiasa menyokong penduduk Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan.

Beliau turut memuji usaha keras kerajaan Malaysia dalam mencari pesawat itu yang lenyap daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Menurut PCOM, Najib menyatakan beliau menghargai pendirian Meshaal dan membaharui semula sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Najib mengumumkan pada Isnin bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi dengan tiada tempat untuk mendarat.

Meshaal juga meminta rakyat Malaysia yang beragama Islam agar terus berdoa kepada Allah swt. agar dipemudahkan misi pencarian

1 comment:

  1. Sedih betul bila mengenangkan nasib BUMIPUTERA ISLAM Palestin termasuk di Semenanjung Gaza yg. sungguh diTINDAS dan diBUNUH dgn amat kejam oleh si KAPIR plg. DAJAL ZIONIS dan sekutunya dr. Barat!

    Saya ingin cadangkan sebagai NEGARA ISLAM; K'jaan tolong tubuhkan Universiti ISLAM Yasser Arafat, sempena mengenang nasib BAPA KEMERDEKAAN Palestin, Allahyarham Yasser Arafat; dan menanggung biasiswa anak-anak umat Islam GLOBAL, dr. Palestin dan seluruh Dunia Islam, terutamanya yg. miskin dan pelarian.

    Dan sudah tiba masanya OIC lebih AKTIF membela Dunia Islam/umatnya, termasuk menuntut hukuman ke atas pembunuhan Bapa Kemerdekaan Palestin, Allahyarham Presiden Yasser Arafat, melalui suntikan kimia nuklear Pollonium, disyaki oleh CIA-MI6-Mossad, serta seluruh umat Islam yg. dibunuh si KAPIR DAJAL Barat-Zionis/Israel– lihat di
    http://imeu.net/news/article0024562.shtml, Israel's History of Assassinating Palestinian Leaders, The IMEU, Nov 6, 2013!

    Di Israel juga, PENJAJAH GANAS Yahudi yang asyik membunuh, memenjara dan menindas BUMIPUTERA Islam Palestin, termasuk dengan memberi kerakyatan kpd. jutaan imigran Yahudi dan Kristian Zionis, untuk MENGECILKAN jumlah umat Islam Bumiputera Palestin, dan memberi hak istimewa termasuk perumahan dan pendidikan, untuk bangsa Yahudi dari askar (yang tiada Bumiputera Islam Palestin) – tidak juga dihentam si pencinta “demokrasi dan hak asasi manusia” dari Barat (bahkan Israel si penjajah ganas ini adalah sekutu kuat si Barat hipokrit durjana)!

    Dan rejim Cina PAP ditaja MOSSAD-CIA-MI6, untuk tawan S'pura dari TANAH MELAYU; juga telah beri kerakyatan dgn kpd jutaan imigran yang bukan pekerja/pelarian pun, dari bukan Islam Cina dan Kristian untuk MENGECILKAN terus jumlah dan MENINDAS umat Islam/BUMIPUTERA Melayu, juga dibela oleh sekutu kuatnya, si Barat-Israel. Bahkan polisi mengambil jutaan imigran bukan Islam ke Singapura, ini ditiru dari Israel - sekutu kuat rejim penjajah Cina ini - lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, Wednesday, September 2, 2009!

    Maka, kita sbg. NEGARA ISLAM; berhak memberikan KERAKYATAN pd. pelarian Islam - apa yg. kita takut sgt. sedgkan Israel dan S'pura, yg. sekutu kuat Barat pun, tak peduli lansung undg antarbangsa (yg. sebenarnya dicipta Barat-Zionis sendiri)!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.