Thursday, March 27, 2014

Penahanan Kassim bercanggah syariat Islam, kata Sisters in Islam

Pas Perak Buat Demo Minta Kassim Ahmad Diambil Tindakan
Sisters in Islam (SIS) hari ini menyelar penahanan dan perbicaraan bekas aktivis politik, Dr Kassim Ahmad dan menyifatkannya satu perbuatan yang bercanggah dengan syariat Islam.

Dalam satu kenyataannya hari ini, SIS berkata penahanan Kassim menunjukkan sistem syariah yang tidak efisyen dan sikap pilih kasih jabatan agama Islam.


“Mengejutkan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) boleh merentas sempadan menahan lelaki berusia 81 tahun dengan masalah kesihatan. Kassim disoal siasat hingga jam 3 pagi.

“Semasa dituduh di Mahkamah Syariah Putrajaya pagi ini, peguam syariah meminta tidak diberikan ikat jamin dan mahu Kassim ditahan selama seminggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kassim hari ini selepas perbicaraan menyifatkan undang-undang yang disabitkan kepadanya sebagai undang-undang rimba dan tidak sesekali berasa gentar berdepan pendakwaan.

Katanya, apa yang ditakutkan hanyalah kepada tuhan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga akan disoal di akhirat berhubung penahanannya.

“Ini hutan rimba punya undang-undang! Gila! Cakap kepada mereka, gila, gila, kamu gila! Saya tak peduli kepada siapa. Saya takut pada tuhan! Saya jawab pada tuhan!

“Jakim pun kena jawab pada tuhan juga. Habis cerita!” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

SIS menggesa agar tuduhan ke atas Kassim ditarik segera kerana bertentangan dengan prinsip demokrasi seperti mana yang dijamin dalam Perlembagaan.

Katanya, Al-Quran sendiri memberi jaminan kepada umat Islam kebebasan untuk melontarkan kritikan dan bantahan atau jadal tidak kurang 25 kali di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang kecenderungan manusia.

“Dalam surah Mujadalah terdapat ayat yang menjamin hak individu, wanita, berhujah masalah dengan Nabi Muhammad. Jika umat terdahulu boleh berhujah dengan nabi, apatah lagi hak kita untuk berhujah dengan jabatan agama?

“Hak untuk berbeza pandangan juga didukung dalam hadis sahih sebagaimana sabda Nabi Muhammad, ‘Khilaf itu rahmat’,” katanya.

SIS juga menggesa agar Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dipinda agar selari dengan hak kebebasan bersuara yang selama ini diperjuangkan.

Kassim hari ini didakwa di bawah Seksyen 7(b) dan Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Dia mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 untuk setiap kesalahan.

2 comments:

  1. Dalam hal in aku amat bersetuju dengan SIS. Sampai usia Dr Kassim yang selanjut begitu pun sibodoh punya peguam syariah meminta supaya orang uzur sebegini ditahan tanpa jaminan tapi nasib baik hakim masih mempunyai otak yang berfungsi.

    ReplyDelete
  2. OI SISsiFEMINISPENJILATKAPIRBarat-ZIONIS, pi BERAMBOS dr. Tanah Melayu ISLAM ni, lagi bagus!

    Tengoklah kejatuhan tamadun Barat-ZIONIS, dan kebencian meningkat dr. puak SYAITAN Barat-ZIONIS ini pd. ISLAM/umatnya – lihat bagaimana si FEMINIS KAPIR hampir TELANJANG mcm si BINATANGBUAS Barat-Zionis menyerang dan menghina “Berlin's Islamic Week“ di Jerman - di akhbarANTI-ISLAM, di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2586403/Troupe-topless-Femen-protesters-dragged-kicking-screaming-Berlins-Islamic-Week-meeting-covering-anti-Islam-messages.html !

    Jgn. haraplah nak dengar komen SISPENIPU psl ni!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).




    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.