Sunday, March 23, 2014

Pengundi Kajang Diminta Buat Pilihan Yang Tepat


Sejumlah 39,278 pengundi terlibat dalam menentukan nasib Mei Fun dan lawannya, Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, pada hari pengundian hari ini.

PRK Kajang diadakan kerana wujudnya pergolakan politik dalam PKR dan 'Kajang Move' sengaja dicipta untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar, seterusnya menyelamatkan parti itu daripada kemelut politik yang melanda.

Strategi 'Kajang Move' itu bagaimanapun gagal setelah Anwar tidak layak bertanding berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapatinya bersalah melakukan jenayah liwat sehingga tempatnya terpaksa digantikan oleh isterinya, Dr. Wan Azizah.

Sebagai pengundi yang bijaksana, adalah amat wajar penduduk Kajang membuat pendirian jelas menolak pemimpin yang mengetepikan kepentingan rakyat demi kepentingan peribadi dengan memilih pemimpin yang komited untuk berkhidmat kepada mereka.

1 comment:

  1. Kita tunggu komen Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.