Saturday, March 15, 2014

Penyiasat Putuskan Pesawat MH370 Dirampas



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjelaskan beliau diberi taklimat oleh pasukan penyiasat membabit pelbagai negara mengenai maklumat terbaru MH370 yang masih hilang.


Menurut laporan Associated Press, seorang pegawai kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa salah seorang juruterbang atau terdapat individu lain yang mempunyai kemahiran mengendali pesawat telah merampas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pegawai itu yang terlibat dalam siasatan misteri kehilangan MH370 berkata belum dapat mengetahui motif sebenar rampasan pesawat itu dan lokasi di mana pesawat itu diterbangkan.

Beliau yang enggan identitinya didedahkan berkata, rampasan pesawat bukan lagi satu teori tetapi sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan.

Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing kira-kira pukul 12.41 pagi Sabtu.

Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.


Katanya lagi, pesawat tersebut mungkin terbang sejauh Kazakhstan dan Indonesia

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.