Thursday, March 6, 2014

Penyokong Anwar cetus kekecohan di pintu masuk Istana Kehakiman

PUTRAJAYA - Penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan kekecohan akibat rasa tidak puas hati selepas dilarang pihakpolis daripada berkumpul di kawasan luar pintu masuk Istana Kehakiman di sini hari ini.Seorang penyokong lelaki berpakaian baju -T kuning, berjaket hitam berlambangkan perkataan 'Bersih' berusia lewat 50-an dilihat berunding dengan pihak polis dan melemparkan pelbagai perkataan provokasi untuk menimbulkan suasana tegang.Namun setelah dinasihatkan secara baik oleh pihak polis, lebih 200 penyokong Anwar daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysian Indian Voice, Jingga 13, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Wanita (Wirda) serta Parti Sosialis Malaysia telah bersurai.Mereka berkumpul sejak awal pagi bagi menyatakan sokongan kepada Anwar yang prosiding rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bermula hari ini.Namun sehingga 12.15 tengah hari ini, kesemua penyokong masih berkumpul di luar pintu masuk untuk menantikan kelibat Anwar yang dijangka keluar melalui pintu hadapan Istana Kehakiman.  

2 comments:

  1. itu je ar kepandaian dorang buat kecoh.

    ReplyDelete
  2. Betoi ke Admin hang kt mane? jgn nk kelantong lh bro... kalau ade TV3 mesti highlight siap dgn ulasan memburuk2 mrk, jgn tunjuk yg hang tu macai umporno yg haprak.......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.