Saturday, March 22, 2014

Peratus keluar Mengundi Dijangka Melebihi 80% Ekoran Kesedaran Masyarakat Kajang


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan lebih 80 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan keluar mengundi pada Ahad esok.

Berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi di DUN itu pada PRU13 yang lalu ialah 88.4%

Pada hari pengundian awal pada Rabu yang lalu  mencatatkan 88.39 peratus atau 1,050 daripada 1,197 pengundi awal di DUN itu melaksanakan tanggungjawab mereka.

Esok, pengundi di DUN itu akan memilih sama ada Datin Paduka Chew Mei Fun daripada Barisan Nasional atau calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai wakil rakyat yang baharu.

Sementara itu Anwar Ibrahim dan PKR mengambil kesempatan membuat refomasi 2.0 kononnya Anwar Ibrahim dizalimi oleh kerajaan persekutuan.

Di pentas Refomasi malam tadi di stadium Kajang Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya terus memfitnah dan menyerang peribadi Perdana Menteri dan isterinya sedangkan mereka berdua sedang berselawat memuji Rasulullah SAW.

Sebelum ini Anwar Ibrahim menuduh umno berkempen dengan menyerang peribadinya dan dianggap keterlaluan.

Untuk memenuhi stadium PKR mengimpot semua ahlinya diseluruh negara bagi menghadirkan diri dalam pentas refomasi di Kajang.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.