Saturday, March 15, 2014

Pesawat Terbang Ke Kazakhstan Dan Utara Indonesia Pencarian MH370 di Laut China Selatan Dihentikan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan objek tidak dikenal pasti yang dikesan cuba berpatah balik ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut oleh radar militari adalah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau berkata, menurut data terbaharu, komunkasi terakhir di antara pesawat tersebut dengan satelit adalah pada pukul 8.11 pagi Sabtu lalu.

"Hasil komunikasi maklumat satelit dan dibandingkan dengan maklumat radar militari, pesawat tersebut disahkan sebagai MH370," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang pada Sabtu.

Menurut Najib, berdasarkan maklumat tersebut, komunikasi pesawat dimatikan secara sengaja sebaik pesawat MH370 memasuki ruang udara Pantai Timur Malaysia.

"Transponder dimatikan semasa pesawat MH370 menghampiri sempadan Vietnam," katanya.

Justeru, hasil maklumat terbaharu ini, Najib berkata, operasi mencari dan menyelamat pesawat tersebut di Laut China Selatan dihentikan.

"Pencarian MH370 kini bertumpu di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi," katanya.

2 comments:

  1. Semoga berita ini benar dan para penumpang serta crew members masih selamat. Ameen. Jom kita terus berdoa dan sembahyang hajat semoga Allah memberikan kita semua yang terbaik. Ameen.

    ReplyDelete
  2. Insha Allah saya pasti semuanya akan selamat

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.