Friday, March 7, 2014

PKR Plan Demonstrasi Besar-Besaran Jika Anwar Bersalah


Nampaknya peguam Anwar sudah mula give-up dalam memberikan keraguan yang munasabah kepada mahkamah apabila berhadapan dengan peguam terkenal Tan Sri dato Shafee Abdullah.

Peguam Anwar bersetuju bahawa terdapat DNA dalam dalam dubur tetapi tinggi sehingga rektum

Katanya, terdapat dua cara ia boleh berlaku. Melalui hubungan seksual, air mani dipancut dalam dubur.

Jika Anwar disabitkan sebelum tarikh penamaan calon, beliau tidak layak bertanding di PRK Kajang.

Kesalahan liwat membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut undang-undang, seorang ahli Parlimen atau Adun, yang disabitkan hukuman penjara untuk setahun atau lebih dan dikenakan denda RM2,000 atau lebih, akan kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat dan pilihan raya kecil akan diadakan di kawasan mereka.

Peguam jenayah berkata, liwat adalah kesalahan serius dan pihak pendakwa raya akan memohon hukuman berat iaitu penjara antara lima hingga 10 tahun.

Anwar boleh memperolehi penangguhan hukuman untuk memohon rayuan di Mahkamah Persekutuan.

PRK Kajang tercetus dengan peletakan jawatan oleh Adunnya daripada PKR, Lee Chin Cheh. Ia dilakukan bagi membolehkan PKR menyelamatkan masa depan politik Anwar Ibrahim.

Jika keputusan tidak memihak kepada Anwar Ibrahim PKR akan buat andaian bahawa ini semua kerja umno dan meminta penyokongnya teruskan demonstrasi selamatkan Anwar

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.