Sunday, March 9, 2014

Radar Kesan MH370 Berpatah Balik Ke KLIA - Panglima TUDM


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak menolak kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 berpatah balik ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dikesan dengan radar tentera.

Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud pada sidang media di Hotel Sama-Sama mendedahkan wujud isyarat MH370 cuba berpatah balik berdasarkan maklumat daripada radar TUDM.

"Kami memiliki rakaman. Kami mendapati terdapat kemungkinan pesawat cuba berpatah balik," kat Rodzali hari ini.

"Ia dikesan dalam radar, kami lihat semula rakaman dan terdapat isyarat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik...kami sedang selidik perkara ini.

"Ia diperoleh daripada radar tentera," katanya.

Menurut Rodzali, mereka cuba melakukan siasatan lebih mendalam bagi mendapatkan kepastian cubaan berpatah balik dan akan bekerjasama dengan agensi antarabangsa.

"Kami cuba bekerjasama dengan radar awam dan agensi antarabangsa untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai perkara ini," kata beliau.

Bagaimanapun, jarak sebenar dan apa tujuan MH370 yang berpatah balik tidak dapat disahkan lagi.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.