Sunday, March 16, 2014

Sanggup Lakukan Apa Saja Demi Untuk Memuaskan Nafsu Politiknya


Sebagai hamba Allah swt, kita hanya mampu ikhtiar. SelebihNya Allah S.W.T jua menentukan. Lebih baik bersama menyokong seorang pemimpin dan golongan yang dapat bersama-sama dalam susah dan senang, daripada menyokong pihak yang cakap besar dan asyik pandai bercakap tapi satu tindakan pun tak ada. Sering kali mempertikai apa saja yang dilakukan oleh kerajaan tetapi mereka langsung tidak membantu. Apatah lagi berdoa pun jauh sekali.

Allah S.W.T Maha Berkuasa. Kita manusia ni tak ada apa-apa kuasa. Seorang yang minta tolong kepada Allah S.W.T itu yang akan dapat kekuatan, bukan orang riak, sombong dan takbur kononnya kalau pihaknya yang memerintah keadaan akan berubah.

Ada baiknya musibah ini, kerana kita makin nampak kerakusan pihak pembangkang yang masih mencari dan menghasut rakyat negara ini supaya menyalahkan dan membenci kerajaan dan pihak keselamatan.Sedangkan semakin hari semakin menampakkan penglibatan mereka dalam insiden ini.

Tidak kira apa, marilah sama-sama memohon kebaikan kepada Allah S.W.T. Itu lebih baik. Disamping kita berdebar-debar menanti perkhabaran terkini mengenai MH370, ingatlah Allah S.W.T banyak-banyak dan fikir, ucap, tulis dan bertindak baiklah kerana Allah S.W.T Maha Mendengar dan Maha Melihat mesej kita kepadaNya.

Doakan pemimpin-pemimpin negara dikurniakan kebijaksanaan menangani apa juga keadaan dan pihak keselamatan disertai pihak yang ikhlas menolong mendapat pertolongan dan perlindungan dari Allah Ta'ala.

Tiada daya upaya melainkan dengan pertolonganNya.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.