Wednesday, March 12, 2014

Sebelum Tindakan Diambil Pada Dato Hamidah Umno Perlu Ambil Tindakan Pada Dato Hamzah


Saya terpanggil untuk membuat entri ini setelah berbagai fitnah dan cacian terhadap Dato Hamidah telah dilemparkan oleh beberapa pemimpin yang mempunyai kaitan dengan menteri besar Dato Seri Mohd Zambry Abdul Kadir.

Belum pun Dato Hamidah diberi peluang menjawab sebarang tuduhan yang dibuat ke atasnya, beliau 'dicincang lumat' oleh beberapa pemimpin umno yang berkepentingan juga dilaman sosial dan akhbar.

Hari ini akhbar Sinar Harian telah memuatkan berita tentang mesyuarat yang telah dilaksanakan oleh Umno Gopeng yang dipengerusikan oleh ketua Bahagiannya Dato Hamzah Kassim. Kononnya mesyuarat itu untuk mengenakan tindakan keatas Dato Hamidah. Bukan sekali umno bahagian buat mesyuarat begini, dulu masa sebelum pilihanraya apabila nama Dato Hamidah naik sebagai calon mereka juga bermesyuarat kononnya tidak gemar Dato Hamidah dicalonkan.

Malngnya Dato Hamidah langsung tidak diberi ruang untuk menjawab setiap tuduhan dalam mesyuarat tersebut...adakah ini adil bagi beliau sebagai pemimpin kanan umno?

Dalam Mesyuarat tersebut mereka kononnya telah sebulat suara mengesahkan Dato Hamidah telah melanggar tataetika Umno parti iaitu:

1.  Perkara 3: Kesetiaan iaitu setiap ahli perlu patuh kepada perlembagaan dan tataetika, mengikut perintah parti, patuh dan menghormati keputusan parti, menjaga rahsia parti dan memelihara nama baik dan maruah parti.

Mereka juga telah merujuk Dato Hamidah 

2.  Perkara 5.3 Tataetika Parti iaitu penerbitan dan penggunaan media massa, elektronik atau internet menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makallah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung, yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana Ahli parti yang disiarkan melalui media massa, elektronik atau internet dengan tujuan untuk mengelirukan seseorang berkenaan ahli Umno yang lain, mempengaruhi atau mendapat undi atau sokongan bagi pihaknya atau orang lain dalam mana-mana pemilihan parti.

Umno Gopeng juga mengesahkan Dato Hamidah melanggar 

Perkara 7.1 Tataetika Parti iaitu ahli parti dilarang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara sekalipun dan/atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubung dengan apa-apa dasar atau keputusan parti termasuk keputusan disiplin parti yang boleh merosakkan imej dan keluhuran keputusan parti.

Apa yang perlu dinyatakan di sini sejauh mana Dato Hamidah telah melanggar etika parti? Dan Bagaimana dengan kenyataan akhbar dibawah ini?


Foto di atas menunjukkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamzah Kassim pada 23 September 2013. Beliau juga telah mengkritik kepimpinan tertinggi umno secara terbuka dan terang diakhbar Sinar Harian yang dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia termasuk pembangkang dan juga tertakluk kepada: 

Perkara 3: Kesetiaan

Perkara 5.3 Salahlaku - Penerbitan dan Penggunaan Media Massa, Elektronik atau Internet

7.1 7. PERNYATAAN AKHBAR ATAU AWAM 

7.1 Ahli-ahli parti dilarang, samada secara langsung 
atau tidak langsung, Membuat apa-apa pernyataan akhbar

Kenyataan di atas dibuat ketika berlangsungnya pemilihan kepimpinan parti pada tahun lalu dan malangnya sehingga kini beliau tidak diambil sebarang tindakan oleh kepimpinan umno negeri mahupun kepimpinan umno Malaysia

Rasanya kesalahan yang dilakukan oleh beliau memang sudah terbukti beliau mempertikai kredibiliti pemimpin tertinggi umno termasuk Presiden sendiri.

Jika dilihat secara keseluruhan kenyataan apa yang membuatkan Dato Hamidah melanggar etika parti berbanding dengan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Hamzah.

Menurut sumber Dato Hamidah tidak pernah memfitnah sesiapa pun termasuk MB sendiri malah beliau terpaksa mempertahankan dirinya apabila difitnah teruk samada oleh kuncu-kuncu MB atau MB sendiri sehingga ada pemimpin tertinggi Umno membencinya. 

Dalam ucapan semasa merasmikan setiap acara dibawah exconya dahulu beliau sering memuji-muji Dato Seri Zambry sebagai MB yang berpandangan jauh dan berpelajaran pula tu. 

BAGAIMANA ISU BERMULA
Isu ini bermula apabila Dato Hamidah memuatkan satu perasaan tidak puashati difacebook seperti dibawah:


Apakah yang beliau lakukan sehingga pihak umno mahu beliau diambil tindakan displin parti. Kalau sekadar kenyataan "Saya tak Faham Kenapa MB Perak Benci Sangat Kat Saya...Apa Dosa Saya Kat Dia" Adakah ini menjejaskan parti?

Jika seorang MB yang profesional dan bijak beliau akan memanggil Dato Hamidah pada 6 Mac 2014 iaitu sewaktu status facebook itu dimuatnaik.

Sebagai manusia, sebagai MB beliau perlu rasa bertanggungjawab ke atas tindakan yang dibuat oleh bekas exco kanannya. Adakah dengan memanggil Dato Hamidah berbincang dari hati kehati membuang masa beliau sebagai MB.

Beliau memilih menyuruh beberapa pemimpin umno menyelar Dato Hamidah. Rasanya tindakan yang dilakukan agak kurang profesional dan bukan mengurangkan ketegangan malah memburukan lagi keadaan dan ada exco yang seolah-olah mencincang Dato Hamidah sampai 'lumat'

Menurut sumber Dato Hamidah rasa kurang puashati apabila kelibat beliau 'diharamkan' nampak di sekitar bangunan SUK Ipoh Perak oleh MB Perak Dato Seri Zambry Kadir. 

Rasanya mana-mana pemimpin pun akan rasa terguris apabila dilabel sedekian rupa. Beliau bukan ahli umno biasa, beliau merupakan dalam kategori pemimpin tertinggi umno pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia, Ketua Wanita Bahagian dan Exco kanan kerajaan negeri Perak.

Jika pernah memegang jawatan sejauh itu sudah tentu banyak jasa beliau samada dalam umno Malaysia apatah lagi dalam negeri Perak.

Beliau merupakan exco pelancongan yang paling aktif dalam sejarah negeri Perak, beliau mencetuskan idea Tahun Melawat Perak pada 2012 dan kesannya lebih 5 juta pelancong mengunjungi negeri Perak.


Jika dilihat foto di atas adalah salah satu daripada beratus majlis yang dibuat untuk Tahun Melawat Perak 2012 iaitu Fiesta Bilis Pangkor tetapi malangnya MB Dato Seri Zambry sering tidak dapat hadir dalam majlis yang dianjurkannya. 

Jika dengan masyarakat pula sepanjang beliau menjadi wakil rakyat Dun Sungai Rapat beliau berjaya membina 7 buah surau dalam sekitar daerah Dun Sungai Rapat walaupun mendapat tentangan daripada pemimpin pembangkang dan dalaman sendiri.

Rasanya tak logik ada orang pertikai pembinaan surau tetapi dalam politik semuanya boleh berlaku.


Kalau nak diceritakan jasa beliau pada negeri Perak dua hari pun tak akan habis tetapi ada satu jasa beliau yang paling besar iaitu mengembalikan pemerintahan kepada Umno/Barisan Nasional.


Untuk pengetahuan dengan jasa ini MB Datuk Seri Zambry ditabalkan menjadi MB Perak walaupun pembangkang pertikai dengan bermacam-macam alasan.

Ini bukti kenyataan yang dibuat oleh mantan menteri besar Tan Seri Tajol Rosli
)

Tan Sri Tajol Rosli menggelar Dato Hamidah sebagai wirawati kerana berjaya mengembalikan pemerintahan kepada umno/BN negeri perak. ramai yang mengaku bahawa merekalah yang menyebabkan kerajaan pakatan tumbang sehingga Makcik Cleaner dan tukang kebun di pejabat SUK pun mengaku mereka menyebabkan kerajaan pakatan tumbang...tetapi sejauh mana kebenarannya dalam hal ini.

Untuk info lagi sejak kejatuhan kerajaan pakatan rakyat pembangkang yang didalangi oleh Dap melancarkan perang terhadap Dato Hamidah. Apa yang Dato Hamidah lakukan untuk kepentingan rakyat akan disabotaj dan dipertikai sebagai kepentingan peribadi.

Blog-blog yang diujud oleh mereka hanya menghentam Dato Hamidah berbanding Dato Seri Zambry. Mereka sengaja mencetuskan banyak provokasi hanya Allah sahaja yang tahu betapa susahnya Dato Hamidah untuk melaksanakan tugasnya di Dun Sungai Rapat.

Pendek cerita setiap ada projek yang berjalan dalam kawasan Dun Sungai Rapat akan dikatakan kepunyaan Dato Hamidah.

Ada pemimpin umno juga yang terikut-ikut dengan rentak pembangkang secara senyap menyalurkan banyak maklumat mengenai pergerakan Dato Hamidah belum pun dibuat pembangkang sudah tahu secara detail dan ini menyenangkan Pembangkang menghentam Dato Hamidah...itu realiti

Jika dilihat memang beliau tiada urusan pun untuk pergi ke bangunan SUK jika MB tidak mahu lihat kelibat beliau pun tak apa akan tetapi persoalannya kenapa begitu teruk pandangan seorang menteri besar kepada bekas exco kanannya yang banyak berjasa kepada kerajaan negeri Perak? 

Mana maruah beliau seorang bekas exco kanan apabila 'dicop' sedemikian rupa dan hampir keseluruhan pemimpin umno Perak tahu menahu kedudukan ini. 

Apakah kesalahan yang beliau lakukan sehingga membuatkan MB memberi pengiktirafan sekeji itu, teruk sangatkah Dato Hamidah? Itulah luahan yang sebenarnya telah dilontarkan dalam status facebook beliau.

Isu ini menjadi semakin hangat apabila seorang exco Perak yang juga ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengambil peranan penting dengan membuat kenyataan yang memburuk-burukan Dato Hamidah seperti di bawah:

Dalam kenyataan Datuk Zainol Fadzi Paharuddin beliau menyelar tindakan Dato' Hamidah seperti berikut:

1.  Sifatkan Dato' Hamidah sebagai keterlaluan dan kurang cerdik, bagi Zainol sebarang masalah dalaman tidak harus dibincangkan secara terbuka apatah lagi di laman sosial.

2.  Katanya Tindakan Dato' Hamidah membuat tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas terhadap pemimpin negeri.

3.  Zainol Fadzi kata "Secara logiknya jika Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir mempunyai pandangan negatif terhadap beliau maka sudah pasti namanya tidak tercalon untuk bertanding pada PRU yang lepas.

4. Katanya lagi, kenyataan Dato' Hamidah itu langsung tidak berasas apatah lagi beliau menjadi calon walaupun namanya terpalit dengan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

5. Satu tuduhan daripada Zainol Fadzi yang agak keterlaluan iaitu "Dato Hamidah menuduh MB dan kuncu-kuncunya mahu memenjarakan beliau"

6. Menurut Zainol, sebenarnya, Zambry telah banyak berkorban demi mempertahankan Hamidah namun pengorbanan itu dilihat sia-sia kerana Hamidah seolah-olah lupa tentang apa yang telah dilakukan oleh Adun Pangkor itu.

7. "Nama Zambry sememangnya telah dicadangkan sendiri sebelum itu oleh Mantan MB Tan Sri Tajol Rosli semasa di Kediaman YAB Perdana Menteri dan dipersetujui oleh ADUN-ADUN BN yang hadir pada masa itu.

8. Dato Hamidah juga dikatakan ada masalah dengan pihak Istana dan Zambry yang jadi tukan pertahankan Hamidah dalam isu ini


9. Beliau memuji sikap menteri besar dan terkejut beruk apabila Dato Hamidah membuat kenyataan di Facebook 

Secara keseluruhan bukan Dato Hamidah yang kurang cerdik malah Datuk Zainol Fadzi pun turut sama kurang cerdik mengambil pendekatan menyerang Dato Hamidah dalam Blog Perak BN hanya untuk mempertahankan MB Zambry.

Jika mereka cerdik mereka tidak akan melakukan perkara ini, mereka akan duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan tetapi mereka memilih untuk meyerang Dato Hamidah dalam Internet.... cerdikkah?

Sebagai exco yang masih aktif beliau sepatutnya sekurang-kurangnya menghubungi Dato Hamidah bertanya apa masalah beliau dengan MB Dato Seri Zambry? Susah sangatkah?

Tetapi beliau memilih jalan yang penuh semak dan terus memburukkan lagi keadaan apabila membuat kenyataan seolah-olah mencincang Dato Hamidah supaya lumat.

Ini seorang lagi pemimpin Umno yang kononya cerdik membuat kenyataan diakhbar:


Beliau merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Siput Datuk Zolkafly Harun iaitu bahagian yang tidak pernah menang sejak kekalahan teruk Samy Velu pada PRU12 yang lalu.

Sebagai pemimpin Bahagian yang berpengalaman dan lama memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian beliau perlu ' Reserve' sebarang kenyataan yang menghentam ahli umno seperti Dato Hamidah. 

Sebabnya beliau tidak tahu apa isu sebenarnya!!

Rasanya sebelum sesuatu tindakan yang akan diambil, Umno Negeri dan UMNO Pusat perlu meneliti kembali kenyataan yang dibuat oleh Datuk Hamzah Kassim yang juga memang melanggar tataetika displin parti pada 23 September 2013 yang lalu agar sebarang tidakan yang diambil adil pada semua ahli dan pemimpin UMNO.

Susah sangatkah pemimpin umno duduk berbincang bagi menyelesaikan masalah sekecil ini?

 Sedangkan Dato Hamidah sudah buat kenyataan bahawa beliau terima realiti politik hari ini tapi kenapa ada yang masih menyerang beliau?

Semua cerita sayangkan parti tetapi jika mereka sayangkan parti umno yang diperintah oleh mereka, mereka seharusnya menyelesaikan secara baik bukan tunjuk siapa kuat dan ego. 

Perlu diingat BN berjaya menubuhkan kerajaan di negeri Perak selepas hanya memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). manakala pembangkang mendapat 28 kerusi.

Kita tidaklah sekuat mana berbanding dengan pembangkang.




- Hamba Allah Gunung Cheroh

1 comment:

  1. MB Perak ni memang memang macam cibai. Dulu pernah sekali seorang ketua jabatan kerajaan yang selama ini berhempas pulas sokong kerajaan negeri buat macam2 program, tiba2 dia kata pada seorang ketua jabatan lain yang jumpanya, apa yang jabatan ni buat. Sapa pengarahnya? Saya tak kenalpun. Sedangkan ketua jabatan tu simpan gambarnya berjalan bersama untuk rasmikan satu program. Lepas tu aku rasa tak boleh tengok muka MB ni. Rasa nak penyepak saja....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.