Thursday, March 20, 2014

Selepas Presiden Kini Tim. Presiden dan Setiausaha Agung Pas Disahkan Memfitnah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas penjawat awam itu berhubung Projek IC di Sabah.

Muhammad Sabu dan Mustafa juga diperintah membayar kos sejumlah RM50,000 kepada Wan Ahmad

Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintahkan membayar ganti rugi RM2 juta kepada calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, apabila mahkamah mendapati beliau bersalah memfitnah Mohd Shamsul Mat Amin dalam isu pil kuda.

Bagaimana pun Anwar Ibrahim telah mengarahkan Shamsul supaya menarik balik samannya tetapi Shamsul tetap berkeras mahu teruskan kerana fitnah pil kuda telah memalukan diridan seluruh keluarganya.

Pada 5 Mac tahun lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mohamad atau Mat Sabu, mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk ‘Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai’ dan ‘Ragu Peranan SPR – Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan’ dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Jan 2013.

Selain Mohamad, Wan Ahmad turut menamakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda sebagai defendan.

Dalam penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam ‘Projek IC’ di Sabah.

Denda tidak penting tetapi dosa memfitnah yang telah dilakukan oleh Pas termasuk Presiden dan Timbalan Presiden adalah lebih penting kepada rakyat. Bagaimana dosa terhapus jika orang yang difitnah tidak memaafkan segala fitnah yang telah dihamburkan kepadanya.

1 comment:

  1. Bagi pas dan pkr pula, fitnah tidak penting, yang penting ialah kemenangan dan undi demi meraih kuasa dan wang ...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.