Monday, March 17, 2014

Seorang maut, dua parah nahas bas jatuh gaung dekat Gua Tempurung


Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres Konsortium di Kilometer 301.5 Lebuh raya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Gua Tempurung di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 petang Isnin, bas tersebut dipercayai terjunam ke dalam gaung sedalam 12 meter.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata, mangsa yang maut adalah pemandu bas ekspres terbabit manakala dua mangsa yang cedera merupakan seorang lelaki dan seorang wanita.

Kedua-dua mangsa itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan susulan.

Ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan ke utara.

"Siasatan awal mendapati pemandu bas tersebut hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah lagi kenderaan.

"Setakat yang kami tahu, hanya tiga orang berada di dalam bas tersebut.

"Namun usaha mencari dan menyelamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat masih sedang dilakukan untuk memastikan tiada lagi mangsa lain," kata Ng.

1 comment:

  1. Umat Islam/Melayu asyik diLANGGAR sampai mati dgn. amat KEJAM oleh Lori/Bas buas, adakah mereka mendpt pampasan? Sedangkan pengusaha lori/bas - majoriti, bangsa apa?

    Kes saman pula, sampai berjuta, 'mangsa' boleh dapat dgn. senang, walaupun kebanyakan 'mangsa-mangsa' memang adalah si DAJAL!

    Inilah akibat 'keadilan' SAMPAH, berlandaskan hukum KAPIR Barat-Zionis! Baik laksanakan hukum Syariah spt. Brunei!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.