Saturday, March 8, 2014

Terkini: Sidang Media Oleh Menteri Pengangkutan


Pihak berkuasa Vietnam menafikan laporan pesawat Malaysia Airlines (MAS) membawa 239 penumpang yang hilang telah dikesan.

Pengarah Operasi Mencari dan Menyelamat Maritim Vietnam, Pham Hien berkata, operasi kini tertumpu di kawasan Vung Tau.

Kata beliau, laporan media Vietnam dan China sebelum ini isyarat daripada pesawat berkenaan telah dikesan berdekatan wilayah Ca Mau adalah tidak tepat


Beliau meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai kejadian pesawat Malaysia Airlines terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Beliau menasihati  orang ramai tunggu kenyataan rasmi daripada Wisma Putra dan Malaysia Airlines.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.