Tuesday, March 25, 2014

Suspek Cabul Pelajar 15 Tahun Di Depan Sekolah Di Kampar Dikesan


Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun sebuah sekolah menengah, di sini, trauma apabila menjadi dikatakan menjadi mangsa cabul seorang lelaki tidak dikenali ketika menunggu bapanya di hadapan sekolah di sini, Sabtu lalu.lapor akhbar Sinarharian

Menurut akhbar itu kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 petang, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga sedang menunggu seorang diri di kerusi hadapan sekolah terbabit didatangi seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengannya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ng Kong Soon berkata, ketika berada tidak jauh daripada pintu utama sekolah terbabit, secara tiba-tiba lelaki yang tidak dikenalinya itu terus memeluk mangsa.

“Berlaku pergelutan sehingga mangsa jatuh ke lantai. Suspek juga bertindak mengoyak baju yang dipakai mangsa. Mangsa kemudiannya menjerit meminta bantuan menyebabkan suspek terkejut dan melarikan diri dengan sebuah motosikal.

“Mangsa mengalami sakit di bahagian dada terus memberitahu kejadian itu kepada bapanya yang tiba tidak lama kemudian sebelum membuat laporan polis di Balai Kampar,” katanya di sini, hari ini.

Kong Soon berkata, pihaknya telah meneliti rakaman CCTV di kawasan parkir dan masih mengesan suspek berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.