Saturday, March 29, 2014

Tahniah Pas Tanpa Sokongan Anda Guan Eng Tidak Mampu Bertindak Sekejam Ini


Terlebih dahulu perlu diucapkan tahniah kepada pengundi Pas yang mengundi pemimpin cina Dap di Pulau Pinang dan menjadikan kini Pulau Pinang menjadi hak milik cina Dap Pulau Pinang.

Hanya kerana marah kepada umno kerana disogokkan dengan data-data bahawa umno adalah parti rasuah maka berpusus-pusu penyokong Pas memangkah cina Dap.

Ada juga yang sanggup makan babi bersama Lim Guan Eng hanya sebab benci dengan umno yang 100% orang melayu.

Selama Umno dan MCA memerintah di Pulau Pinang penyokong Pas Pulau Pinang mampu hidup dengan aman damai tanpa mruntuhkan rumah, kedai atau mana-mana premis ditepi-tepi pantai tetapi kini tidak lagi.

Hasil kerja keras Pas telah membuahkan hasilnya kini dan mendapat habuan yang paling setimpal.

Menjadi ahli Pas yang menyokong kerajaan cina DAP Pulau Pinang tidak memberi kelebihan kepada Abdul Najib Darus, 59, selepas rumahnya di Kebun Bunga di sini yang didiaminya sejak hampir 80 tahun lalu, bakal dirobohkan pada bila-bila masa.

Abdul Najib akan menerima notis akhir untuk mengosongkan rumahnya pada Isnin ini tanpa sebarang jaminan pampasan setimpal daripada kerajaan cina Dap pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.iaitu pemimpin kesayangan Pas

Menurut Abdul Najib, dia kini buntu memikirkan masa depannya kerana rumah warisan arwah bapanya, Darus Din itu akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembesaran Kebun Bunga.

Katanya, masalah yang dihadapinya itu berlarutan sejak 2008 selepas DAP mengambil alih kepemimpinan negeri ini meskipun sudah beberapa kali meminta pertolongan pemimpin Melayu kerajaan negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.

"Sejak menerima notis mengosongkan tanah ini pada 2009, saya tak senang duduk memikirkan nasib keluarga termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU) dan cuba meminta bantuan daripada beberapa pemimpin kerajaan negeri.

"Tapi biarpun pelbagai janji dibuat namun tiada sebarang hitam putih diberi berkenaan nasib saya malah saya terpaksa berhadapan pengusiran apabila notis akhir pengosongan itu ialah pada 31 Mac ini," katanya selepas mengadakan bantahan selepas solat Jumaat di sini hari ini.

Abdul Najib pernah ditawarkan menduduki rumah sewa di Jalan Kampong Kolam, Air Itam selama tiga tahun dengan sewaan sebanyak RM240 sebulan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 27 Oktober 2009.

Namun, dengan pendapatan yang tidak sampai RM800 sebulan, dia sukar menerima tawaran itu menyebabkannya terbatal.

Jelas Abdul Najib, dia kini hilang kepercayaan terhadap pimpinan kerajaan DAP negeri dan berharap ada pihak sudi tampil membantunya mendapatkan rumah sesuai.

"Saya bukan minta pampasan yang tinggi, cukup sekadar rumah saya yang dirobohkan diganti sebuah rumah yang selesa, bukannya menyewa seperti surat tawaran dulu.

"Kalau pemimpin Melayu dalam kerajaan negeri tidak dapat bantu, siapa lagi yang boleh dijadikan tempat mengadu nasib orang Melayu di negeri ini," katanya.

"Saya menyesal mengundi pakatan rakyat kerana ketika saya dalam kesusahan tiada seorang pun pemimpin pakatan yang datang membantu saya," Ini akan saya jadikan sebagai pengalaman dan panduan kepada anak-anak muda agar tidak mudah terpedaya dengan pemimpin pakatan yang lebih banyak mementingkan diri mereka, kata Abdul Najib

11 comments:

  1. Inilah risikonya kalau memberi undi tak tentu pasal, ada orang cakap, cuba dulu 5 tahun, kalau tak suka kita tukar kerajaan semula. Ya betul, kerajaan boleh ditukar, tetapi tempat tinggal turun temurun 80 tahun tu boleh dapat balik ke?

    Harap pemimpin Islam terutama PAS pulau pinang berjihad untuk menyelamatkan keluarga ini, kalau itu pun tak dapat nak lakukan, janganlah nak bercerita pasal jihad lah, pasal ugama lah, sebab kalau nak bercakap siapa-siapa pun boleh, ayuh PAS , buktikan korang semua pejuang, kat mana keluarga ni nak tinggal kelak? macamana dia orang nak berteduh dan beribadah kalau dihalau macam ni?

    ReplyDelete
  2. Undi lah lg cina komunis...tk tau lg ke yg komunis ni lah yg bunuh,bakar,cincang,rogol saudara2 islam kita dulu...padan muka kau mohd najib ooiii

    ReplyDelete
  3. Orang Melayu selalu mencuba... inilah padahnya..

    Orang Melayu selalu percaya.. inilah padahnya..

    Orang Melayu boleh dipermainkan...dibeli..dijanji... inilah padahnya...

    Terimalah akibatnya..Pak Abdul Najib dan seangkatan dengannya..

    ReplyDelete
  4. 80 tahun bersama NENEK MOYANG disitu dan mungkin jua 80 tahun menentang Kerajaan BN..namun hakikatnya BN tak pernah mengusir mereka sejak dulu hingga 80 tahun dari kampung halaman mereka..Ini lah perubahan yang Abdul Najib inginkan selama ini dari menikmati NIKMAT kepada hilangnya NIKMAT...jangan kerana KAPIR DAP (LGE) yang berpura-pura mengatakan menyukai OMAR ABDUL AZIZ dan kononya pemerintahan LGE setaraf dengan KHALIFAH OMAR ABDUL AZIZ terus merasakan KAPIR INI LAH yang lebih baik dari orang-orang BN ...Maka sekarang telah jelas agenda KAPIR DAP..Ingatlah dan buka lah mata seluas-luasnya orang PENANG kepura-puraan KAPIR LAKNATULLAH ini sebagai peringatan untuk diri kita dan keturunan kita (Melayu Islam).
    Ini bukan hasutan tetapi hanya sebagai sesuatu yang boleh untuk kita lakukan dengan mula bermuhasabah diri kita.

    ReplyDelete
  5. Nasi dah jadi bubur. Ikut la slogan Cina UBAH untuk menipu Melayu. Padan muka lu,

    ReplyDelete
  6. marahkan nyamuk ..kelambu di bakar...
    marahkan BN...DAP disanjung dan diangkat sebagai pemerintah..
    Kenapa Marahkan DAP? bukankah masa PRU yang lalu memilih dan menyokong DAP untuk PR memerintah PENANG..kalau dah sokong maknanya perlu juga menyokong tindakan kena "HALAU"..baru betul tindakan sokongan menyokong slogan "UBAH"..jangan marah pada apa yang anda lakukan..marah lah pada kemarahan anda kerana hendak kononnya hendak mengajar BN yang tak pernah "MENGHALAU" anda dari kampung halaman anda yang berusia 80 tahun tu.
    Sesekali pandang le Ke Belakang jua..jangan mau ke depan je yang kononnya lebih baik dari belakang kerana pembunuh dari belakang lebih bahaya dari pembunuh di depan.

    ReplyDelete
  7. Mereka hanya sedar apabila kejadian seperti ini berlaku kepada mereka kerana mereka merasakan selagi mereka menyokong PR mereka takkan disentuh kerana beranggapan adakah sekutu akan menganiaya sekutu?
    80 tahun menginap bersama NENEK MOYANG disitu dibawah PEMERINTAHAN YANG DIRASAKAN ZALIM (BN) yang tak pernah meminta keluar dari TANAH PUSAKA selama 80 tahun. Namun 10 tahun dibawah KERAJAAN YANG TERAMAT ADIL LAGI BERKEBAJIKKAN hilang kenangan 80 tahun kerana ZALIMNYA KERAJAAN BN DAHULU dan oleh kerana tersiksa atas KEZALIMAN KERAJAAN BN maka Memilih perubahan kerana RASA SAKIT HATI dan DENDAM atas KEZALIMAN BN YANG LALU . Ternyata "UBAHAN" yang disangka akan mencipta sejuta NIKMAT dan membawa penyelesaian yang diinginkan berubah menjadi KENANGAN PAHIT SEUMUR HIDUP UNTUK NIKMAT 80 TAHUN LALU yang pernah dinikmati kerana mungkin terlupa mensyukuri nikmat 80 tahun yang telah dikecapi tanpa gangguan tapi telah memilih menikmati NIKMAT yang baru yang dirasakan lebih nikmat dari nikmat 80 tahun dulu...Namun nikmat terkini PADAHNYA menanggung sakit DIBADAN dan keturunan selamanya kerana perbuatan SENDIRI.
    Sesungguhnya bersangka baiklah pada ALLAH atas ujian ini dan pandanglah semula KEBELAKANG dan bermuhasabahlah atas ujian yang menimpa.

    ReplyDelete
  8. Ala Pru esok tetap undi pembangkang .maklumle seme benda dikatakan dpt free

    ReplyDelete
  9. Jangan ingat bila sebut aku ahli PAS semua DAP akan datang peluk cium. Dalam PAS sendiri pun orang tak peduli.

    ReplyDelete
  10. Take beeeeerrrrrr.......

    ReplyDelete
  11. Jangan kata ape-ape.......cuma aku nak kata PADAN MUKA jer....aku x simpati langsung kat depa nie...dan minta kerajaan pusat jgn dok tolong aper pun kat depa.....sekupang pun jgn tolong buang masa jer tolong...........

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.