Thursday, March 20, 2014

Taklimat Khas Penemuan Objek Untuk Waris Mangsa Pesawat MH370 Malam Ini


Keluarga dan waris penumpang-penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 akan diberi satu taklimat khas di Cyberview Lodge Resort& Spa di sini malam Khamis.

Selamat Omar, bapa kepada Mohd Khairul Amri yang menaiki pesawat itu, berkata perkara itu dimaklumkan kepada keluarga berkenaan oleh pihak Malaysia Airlines pada Khamis.

Beliau tidak pasti sama ada ia taklimat biasa anjuran syarikat penerbangan nasional itu dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) atau taklimat khas.

Namun, beliau percaya taklimat khas itu ada kaitan dengan penemuan dua objek di Lautan Hindi oleh pihak berkuasa Australia, katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya penemuan dua objek itu memberi harapan baharu kepada keluarganya setelah menanti perkembangan misi mencari dan menyelamat pesawat itu yang masuk hari ke-13.

Pak Selamat berkata apapun berita yang bakal disampaikan, beliau dan keluarganya sedia menerimanya dengan redha.

Pagi Khamis, Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahu Parlimen di Canberra bahawa imej satelit negaranya menunjukkan dua objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat MAS itu.

Pak Selamat bagaimana pun memuji pihak kerajaan mengendalikan kes kehilangan pesawat MH370 yang masih tidak dapat dikesan. Beliau mendapat fakta tepat mengenai perkembangan terkini opesari mencari dan menyelamat pesawat ini.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.