Sunday, March 16, 2014

Tarik Balik Kenyataan Atau Saya Hantar Ke Alam Ghaib


Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin di nasihatkan agar menarik kembali kenyataan yang di keluarkan sebelum ini. Menurut Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin hentikan perbalahan sesama sendiri, tambahan pula ketika musim pilihan raya.




“Di Rembau budak-budak saya, (silat) gayung ghaib, Selendang Merah banyak calon (sokong) dia. Masa pilihan raya (PRU13) saya kata pangkah Khairy (ini) menantu Pak Lah (mantan Perdana Menteri) baik, budak muda (dan) bakal pemimpin. Hari ini dia boleh kutuk saya.

“Ini ke kerja orang Umno (dan) orang Barisan (Nasional) ni. Saya sokong dia masa pilihan raya, (saya pesan) kamu orang-orang silat semua pangkah dan sokong Khairy. Sana orang-orang tua bukan suka dengan dia, dia kurang ajar, akal taruk mana cakap dengan dia” katanya dengan nada yang tegas ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau turut mengingatkan Khairy agar jangan mencampuri urusan tiada kena mengena dengannya.

“Khairy ingat baik-baik, jaga periuk nasi sendiri. Rembau nanti kalau kamu kacau saya, saya akan kacau tempat kamu di Rembau nanti. Saya akan khabor (maklumkan) pada budak-budak saya (untuk) buat undi tidak percaya pada kamu nanti.

“Kamu (kena) ingat, jangan main (perlekeh) dengan orang tua. Saya bomoh, (dengan) kuasa Allah, guru silat, kamu jangan main. Kamu boleh main dengan orang tua-tua di negeri kamu sendiri, yang takut dan penakut dengan kamu,” tegasnya lagi.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.

“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.

Ahli parlimen Rembau itu sebelum ini turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.

Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.

Ibrahim turut menyelar Khairy yang dikatakan mempertikaikan gelaran ‘Raja Bomoh’ yang disandangnya.

“(Ingat saya) macam kamu bodek? Sekejap bodek (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim dan sekejap bodek Pak Lah (mantan Perdana Menteri), baru dapat kahwin dengan anak Pak Lah. Miskinlah kamu Khairy” selar beliau lagi.

Beliau turut berulang lagi mengingatkan Khairy agar jangan mencabar orang tua.

“Saya tok bomoh, kalau hati saya sakit nanti kamu masuk alam dua. Alam 7 tujuh kaki, atau 5 kaki. Jangan jolok sarang tebuan, nanti penyengat keluar kamu susah lari,” ujarnya mengakhiri perbualan.


Sumber

3 comments:

  1. Aku x sokong apa dia buat kt klia
    Tp aku sokong cara dia hentam KJ
    memang anak jantan yg ada telur

    Memang dasar melukut tepi lutut
    Menangjawatan KP pun rasuah

    ReplyDelete
  2. Saya nukan ahli silat, gayong ghaib ke terang ke... Tapi Saya sebagai seorang Islam, Melayu, Rakyat Malaysia... Saya menyokong usaha Dato Ibrahim Raja Bomoh nie.. Dia hanya mencuba sebaik dan seday upayanya.. Ramai lagi yang lain cuma dok diam pas tu ketawa..

    Tentang Syirik dan Khurafat serta Thayul.. JAKIM Silalah Jelaskan? Kat mana Raja Bomoh nie dikatakan Syirik, Khurafat dan Tahyul..

    Tak kan Lagakan Dua biji Kelapa unsur tahyul, Syirik, Khurafat? Duduk atas tikar Thayul, Syirik, Khurafat?

    Kita tak tahu Alam Ghaib, Allah Pemilik Alam Ghaib, Jika Allah mengizinkan sedikit ilmu Alam Ghaib kepada Raja Bomoh nie, apakah Kita kata itu Khurafat?

    Selagi dia tidak membaca mantera yang memuja syaitan atau Jin .. apakah dia Syirik, Khurafat dan Tahyul?

    CIA, FBI dan Poilis mana2 negara mengunakan ahli fisik, bomoh lah dlm bahasa melayunya..

    Pokok pangkalnya, Raja Bomoh nie ada jugak usahanyer, KJ apa usaha dia? Apa usaha Yang lain2nya?

    Mungkin di buat di KLIA.. itu gimmiknya.. tapi ianya adalah suatu usaha.. Allahlah Yang Menentukan segala-galanya..

    ReplyDelete
  3. Cakap bedoga-doga taik tesangkuit di geloga.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.