Monday, March 10, 2014

Terkini: Sampel Minyak Yang DiJumpai Bukan Kegunaan Pesawat


Tompokan minyak yang ditemukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kira-kira 20 batu nautika dari lokasi pesawat MH370 dilaporkan hilang bukan berasal dari pesawat MH370 yang hilang.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Wilayah Timur, Datuk Nasir Adam berkata, keputusan analisis tompokan minyak tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kimia di Petaling Jaya pada pukul 5 petang ini.

"Keputusan analisa adalah negatif, bukan berasal dari pesawat MH370.

"Sampel itu dikategori sebagai bahan bakar untuk kegunaan tongkang atau kapal laut, bukan kegunaan pesawat udara," katanya dalam sidang akhbar di Pelabuhan Maritim Malaysia Tok Bali, di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.