Wednesday, March 19, 2014

Tian Chua DiSiasat Polis Ekoran Kenyataan Berunsur Ugutan



Polis hari ini menyiasat Naib Presiden PKR Tian Chua ekoran kenyataan berbaur ugutan berhubung “menjatuhkan Najib dalam 5 bulan” di Twitternya pada 7 Mac lalu.

Anggota Parlimen batu itu hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Seksyen itu antaranya memperuntukkan kesalahan mencetak, menerbit, menjual dan mengedar penerbitan bertujuan menghasut.

Sabitan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun (bagi kali pertama) dan lima tahun (kesalahan berikutnya), atau kedua-duanya.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang berbangsa Cina sebelum ini menulis:

"Najib hukum Anwar dipenjarakan 5 tahun - rakyat akan menjatuhkan Najib dalam 5 bulan, saya berjanji kepada anda!"

Ia dipercayai dibuat ekoran perasaan tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman itu kepada Anwar selepas memutuskannya bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Pengurus Komunikasi PKR Batu Vinesh Nair, Tian Chua berkeras dengan pihak polis sehingga enggan membenarkan komputer tablet iPad miliknya diperiksa.

Tian Chua disiasat kira-kira sejam bermula jam 10 pagi tadi.

2 comments:

  1. Harapnya KDN akan siasat bawah ANTI-TERORISMA - jgn. serahkan pd. polis; berapa banyak repot dah buat pd polis?! Lepas tu si dajal ni buat lapuran polis pula dgn. begitu angkuh, sebab dia disiasat ! Ini menunjukkan seolah dia tak takut lansung polis mahupun undg-undg! Rakyat ISLAM/Melayu dah BENCI sgt. PEMBANGKANGBANGKAI mcm. ni!

    Kalau di Barat pun, kalau seseorg. terutamanya yg. nyata amat benci negara, dan lepas tu membuat gertakan spt. gertakan TERORISMA pd. YAB PM ISLAM/Melayu kita oleh MUSUH negara ini, akan disiasat dgn. KERAS di bawah undg-undg TERORISMA! Jadi, dgn. insiden MAS ini, jgnlah KDN nak berlembut pula dgn. si KAPIR DAJAL ni!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. Semenjak ISA dihapuskan, puak pembangkang dah jadi puak pelampau. Rakyat Malaysia seharusnya berhak hidup dalam aman, damai dan harmoni. Sewajarnya, undang-undang lebih tegas lagi dikenakan terutamanya kepada semua wakil rakyat. Mereka seharusnya menjadi kepimpinan melalui teladan kepada rakyat. Tapi, apa yang berlaku, mereka terlalu banyak mempermainkan undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.