Saturday, March 29, 2014

Tiga Minggu Berlalu Tragedi MH370 Waris Mangsa Tetap Masih Menaruh Harapan



Tiada berita kadang-kadang boleh menjadi berita baik.

Walaupun ia cukup mengecewakan apatah lagi apabila lebih tiga minggu menunggu sebarang berita daripada nasib pesawat Malaysia Airlines ( MAS) penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Setakat ini maklumat yang diterima ialah tiada sebarang serpihan dijumpai, ini telah memberikan semangat kepada 38 keluarga penumpang MH370 dan harapan bahawa orang yang dikasihi masih hidup.

Berita mengenai terjumpanya serpihan merupakan satu berita yang tidak mahu kami dengar kerana kami yakin pesawat MH370 masih selamat, kata keluarga penumpang.

Walaupun keluarga China Di Beijing telah keluar menghadiri mesyuarat dengan pegawai-pegawai Malaysia , saudara mara Malaysia di sini setakat ini dengan setia hadir untuk taklimat mereka dengan Pemangku Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pegawai-pegawai syarikat penerbangan MAS.


0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.