Thursday, March 6, 2014

Video Teresa Kok Terima Telur Busuk Daripada Individu Tidak Dikenali





Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dikejutkan dengan tindakan biadab seorang individu yang tidak dikenali memberikan sebiji telur busuk yang kemudiannya pecah ketika mereka bersalaman.

Kok berkata, lelaki itu menegurnya selepas beliau memberi penjelasan berhubung video kontroversi Tahun Baharu Cina 'Onederful Malaysia' pada ceramah di Permatah Pauh, dan bersalaman dengan sebiji telur di telapak tangannya.

Telur busuk yang pecah tersebut mengotori tangan dan baju Ahli Parlimen Seputeh itu.

Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Star, Kok berkata, beliau mencuci tangan dan meninggalkan kawasan itu selepas kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 11.30 malam.

"Saya kembali ke hotel sejurus selepas insiden itu.

"Lelaki itu beredar dan ditangkap oleh Unit Amal PAS dan hadirin yang lain.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada lelaki itu," katanya.

Video Tahun Baharu Cina Kok yang dikeluarkan pada Januari lalu mencetuskan reaksi negatif kerana mempersendakan pelbagai isu seperti sistem pendidikan dan kepimpinan Melayu di Malaysia

1 comment:

  1. Elok sangatla tu.Sebusuk2 telur,busuk lagi gambaran mulut jahat beliau yg tidak memahami budaya melayu dan Agama Islam sebenarnya.Keterlanjuran 'politik' beliau itulah bakal mewujudkan suatu bentuk elemen permusuhan yg sedia panas.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.