Monday, March 17, 2014

"Walaupun Pakcik Ahli Pas Tapi Pakcik Tak Akan Sokong Anwar dan Bini Dia" - Pak Cik Hamdan


Pak Cik Hamdan Ahli Seumur Pas adalah antara ratusan ahli Pas yang tidak akan mengundi Wan Azizah pada pilihanraya Kecil Dun Kajang nanti.

Mereka adalah ahli dari Pas Cawangan Taman Kota Cheras Dun Kajang telah menyatakan pendirian untuk menyokong calon Barisan Nasional setelah kecewa dengan perangai ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang penuh dengan masalah moral.

Pas juga menyimpan rasa dendam apabila Presiden mereka Datuk Seri Haji Hadi Awang telah disaman dan disabitkan kesalahan memfitnah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari lalu mengarahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar saman RM2 juta kepada Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Menurut sumber Pakcik Hamdan telah dipujuk oleh seorang bekas Bekas Naib Ketua AMK Perak, Faizal Affendi yang turut membantu calon BN berkempen di Dun Kajang.

Pada mulanya agak susah untuk mendekatinya tetapi apabila membicarakan tentang Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Pakcik Hamdan seperti bersemangat untuk membantu BN.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.