Sunday, March 9, 2014

Wan Azizah Pikul Bala Anwar Di Kajang


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kali ini dengan menggantikan ketua pembangkang itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Ini merupakan bala buat Wan Azizah yang dikenali dengan panggilan sepat kering oleh suaminya.

Wan Azizah diumumkan sebagai calon di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang di Batu 12 hari ini yang diumumkan sendiri oleh Anwar.

Anwar terlucut kelayakan untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan penyandang daripada PKR iaitu Lee Chin Cheh selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Wan Azizah akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Zaid Ibrahim bagi kerusi berkenaan.

Anwar dalam ucapan berkata "Badan kehakiman diperalatkan Umno untuk menghalang saya sebagai calon.

"Dengan ini saya umumkan Wan Azizah sebagai calon PRK DUN Kajang,"

Dengan pengumuman itu, Wan Azizah @sepat kering sekali lagi membantu karier politik Anwar selepas beliau bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999 ketika Anwar dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa.

2 comments:

  1. ayang bertanding dulu , kalau menang , nanti , lepas lima taun, ayang letak jawatan abang tanding pulak , nanti letak orang lain buat nya dia tak nak berhenti naya kita ok

    ReplyDelete
  2. Hari tu Ada yang cabar PM lawan Nuar. Yang ni tak de ke yg nak cabar isteri lawan isteri?
    Hehehe

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.