Friday, April 4, 2014

8 Gambar pemuda warga Asing mati sejurus merompak di Kota Warisan


Polis percaya salah seorang suspek kes samun yang maut selepas merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di persimpangan lampu isyarat di Banting semalam berkemungkinan besar adalah warga asing.

Walaupun laporan awal mempercayai bahawa empat suspek tersebut adalah warga tempatan, namun berdasarkan tanda pada tubuh badan suspek yang meninggal dunia itu, tidak ditemui sebarang tanda suntikan BCG yang selalunya terdapat pada badan warga tempatan.

Motosikal yang digunakan oleh suspek juga telah diubahsuai nombor casis enjinnya dan dipercayai motorsikal curi.

Semalam, empat lelaki melarikan barang kemas bernilai RM300,000 selepas merompak sebuah rumah teres di 
alamat No 30 Jalan Warisan Indah 8/16, Kota Warisan Sepang pada jam 10 pagi.

Namun, seorang dari suspek tersebut maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Banting.

Pembonceng motosikal dan dua lagi suspek berjaya melarikan diri.

Kes disiasat dibawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan iaitu samun bersenjata.
Semasa kejadian pagar dan pintu rumah dalam keadaan terbuka. Perompak berjaya melarikan wang tunai dan barang-barang kemas yang belum dapat dipastikan lagi jumlahnya. 

Secara kebetulan, kejadian rompakan itu telah dilihat oleh jiran mangsa menyebabkan mereka terus kejar perompak-perompak tersebut.

Apabila sampai di satu persimpangan jalan lampu isyarat Genting Sayen, Banting salah sebuah motosikal suspek telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Honda CRV. Suspek dilaporkan mati di tempat kejadian.

Beberapa barang kemas dan wang dijumpai di pokek suspek. Senjata berupa dua bilah parang yang digunakan untuk merompak dijumpai di tempat kemalangan.





0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.