Thursday, April 24, 2014

Ada Orang Islam Suka AiU Ditutup Tapi Kini Tak Jadi Tutup


Ada diantara orang Islam yang begitu gembira bila dengar Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) bakal ditutup. Mereka seolah-olah bertepuk tangan bersorak dan ada juga yang berkata mampuslah.....

Bila ada orang Islam ada kelebihan tentu ada dajal yang dengki dengan kejayaan itu. Tahukah mereka inilah satu-satu Universiti orang Islam di Malaysia berbanding dengan Universiti kepunyaan kafir yang berlambak diluar sana.

Berita ini mengembirakan kita tapai dajal akan berduka

Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Alor Star, Kedah menarik balik keputusan untuk menutup operasinya, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh .

Sebelum ini Universiti yang satu-satunya dibiayai oleh Yayasan AlBukhari dan hartawan Islam Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di Kedah bakal ditutup.
"Universiti tersebut menghantar surat kepada Kementerian Pendidikan untuk menarik balik keputusan penutupan operasi mereka semalam dan ia akan terus beroperasi," katanya hari ini.

Oleh yang demikian, perkara itu kini tidak lagi menjadi satu isu, katanya.

Mengenai faktor yang membawa keputusan penutupan AiU di peringkat awal pula, beliau berkata kementerian sentiasa memantau dan memastikan tidak ada perkara yang terkeluar daripada akta-akta tertentu bagi universiti swasta.

Ketika ditanya berhubung prestasi AiU, Idris berkata ia adalah isu yang berlainan namun kementerian sentiasa memantau supaya ia memenuhi kehendak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Mengulas berhubung pelajar AiU yang menyaman institusi itu, beliau berkata ia adalah isu dan masalah yang dihadapi antara kedua-dua pihak.

Pada 15 April lepas, enam pelajar AiU memfailkan saman terhadap universiti itu atas dakwaan gagal memberi notis penutupan AiU dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang memperuntukkan AiU perlu mengeluarkan notis penutupan dalam tempoh setahun.

Operasi universiti yang ditubuhkan oleh Yayasan Albukhary itu dilaporkan akan ditutup Jun ini. 

1 comment:

  1. Syukur kerana UiA tidak jadi ditutup. Tetapi kepada pengikut2 dajjal (yang menunggu2 ketibaan dajjal itu) tentu merasa cukup marah dengan keputusan terbaru itu.
    Andai diteliti mengapa dajjal2 itu marah sangat dengat S Bukhari.
    1) Rasa dengki bila melayu pandai berniaga.
    2) Melayu tidak dibenarkan jadi kaya . Bukan melayu kaya baru rasa lega.
    3) Melayu kaya tolong orang Islam susah tentu ada melayu dengki.
    4) Melayu kaya tetap kena tuduh yang bukan2. Bukan melayu kaya tiada rungutan apa pun.
    5) Melayu sama melayu tidak bolih silap cakap. Cepat melenting tak tentu pasal.
    6) Melayu bijak ramai orang melayu tidak sanjung.
    7) Pendapat orang melayu tak popular selalu dipandang serong walau ia cukup baik.
    8) Orang melayu malas bersaing dalam apa bidang pun.
    Pahit tetapi harus ditelan jua.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.