Thursday, April 10, 2014

Adun Pas Mahu Bible Berbahasa Melayu Dipulangkan Dengan Segera


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor daripada PAS kesal dengan cara kerajaan negeri dan pusat mengendalikan kes rampasan Bible berbahasa Melayu, Alkitab.

Mereka menyokong penuh kecaman yang dibuat oleh Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin yang menuduh Khalid Ibrahim dan kerajaan persekutuan dilihat cuba mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen menyelesaikan segera isu rampasan bible tersebut.

Adun Taman Templer PAS, Zaidy Abdul Talib kemudiannya turut bangun menyokong hujah Yeo dan menegur kerajaan negeri supaya menunjukkan contoh mengurus tadbir kepelbagaian agama dan bangsa dengan baik.

Mereka mahu bible berbahasa Melayu segera dipulangkan kepada persatuan Bible Malaysia(PBM) dengan kadar segera.

Menurut Adun Pas rampasan bible merupakan satu pelanggaran hak asasi kepada mereka yang tidak ada kepentingan politik, satu hari nanti jika hak asasi menjejaskan kita, masa itu kita nak buat apa-apa pun sudah terlambat.

Sementara itu, Zaidy berkata selain insiden AlKitab, kerajaan negeri perlu peka terhadap isu sensitiviti agama lain. Hujah itu mendapat tepukan gemuruh daripada semua Adun DAP sambil ketawa, inilah tarbiah yang dilakukan oleh kafir Dap terhadap pemimpin Pas menunjukkan perkembangan yang positif.

6 comments:

  1. DAP RUPANYA DAH PENGARUH PAS.. BEGITULAH KALAU TAK IKHLAS BEJUANG KERANA ALLAH.

    ReplyDelete
  2. apalah yg nak diherankan dgn PAS mrk lbh krg umno je cuma tak dpt nak memerintah itu aje.. kalau dah memerintah lbh jahat dr umno la gamaknya..

    ReplyDelete
  3. Penyokong2 PAS harus sedar bahwa PAS sekarang sudah jauh beza. Ramai yang anti-Islam, golongan liberal dah masuk dalam PAS untuk merosakkan dan menyesatkan pengikut2 mereka. Mereka adalah ejen2 musuh2 ISlam.

    ReplyDelete
  4. Mereka nak kita peka dengan agama lain. Agama islam macam mana?. Kenapa depa nak campur?.

    ReplyDelete
  5. pas tu maknanya pun pas . buat apa pun pas. apa takut mesti pas punya.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.