Thursday, April 24, 2014

Ahli Majlis Bandaraya Ipoh Yang Bergelar Datuk Parah Ditikam Dua Lelaki Di Ipoh


Seorang Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bergelar Datuk parah ditikam dengan senjata tajam oleh dua lelaki ketika mangsa baharu sahaja keluar dari sebuah premis di Jalan Datuk Seri Ahmad Said, Greentown di sini, lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa ditikam pada bahagian dada dengan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa dipercayai diserang dan dicederakan oleh dua suspek yang menaiki sebuah kereta ketika mangsa sedang berjalan kaki keluar dari sebuah premis berhampiran sebuah hotel di kawasan berkenaan.

"Maklumat yang polis terima mengatakan seorang lelaki berlumuran darah akibat diserang dan ditikam dengan senjata tajam, sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) oleh orang awam yang kebetulan berada ditempat kejadian.

"Mangsa mengalami kehilangan darah yang banyak dan kini masih dalam keadaan lemah, namun berdasarkan keterangannya, pada awalnya dia menyangka menjadi mangsa samun, namun selepas pemeriksaan dilakukan oleh ahli keluarga mendapati tiada barang berharga milik mangsa yang hilang," katanya di sini, hari ini.

1 comment:

  1. Nampaknya Ipoh pun dah menular penyakit pembiakan penyangak. Bila tocang sudah naik macam2 bolih jadi.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.