Wednesday, April 2, 2014

Akhirnya Kerajaan Selangor Bayar Kesemua Harga Gambar Pak Samad


Akhirnya kerajaan Selangor meluluskan pembayaran terhadap dua buah lukisan yang dibeli daripada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang didakwa tidak dibayar oleh seorang exco Dap.

Exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail berkata kelewatan pembayaran berlaku akibat berlaku salah faham dan tidak mengetahui dua buah lukisan tersebut perlu dibayar berasingan.

"Mesyuarat exco negeri hari ini telahpun meluluskan pembayaran penuh RM16,000 kepada Pak Samad secepat mungkin selepas ini," katanya. 


Menurut beliau lagi dua buah lukisan tersebut telah diserahkan kepada jabatan Muzium Negeri di bawah pengurusan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Bagaimanapun Samad dalam ucapan ringkasnya menjelaskan dua buah lukisannya itu dibeli oleh seorang exco kerajaan Selangor untuk dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

2 comments:

  1. eh... mahalnya karya sit ua ni... patutunya bagi aje le... sumbangan untuk negeri. RM 16 000.00 tu banyak dan boleh dibelanjakan untuk kebajikan rakyat.... duit rakyat dibazirkan begitu sahaja....

    ReplyDelete
  2. Alasan!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.