Friday, April 11, 2014

Amerika Jawab Teori Konspirasi Diego Garcia Mengenai Pesawat MH370


Spekulasi kehilangan pesawat MAS MH370 sering dikaitkan dengan penglibatan Amerika Syarikat dan Diego Garcia.

Teori pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone, alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.

Pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menafikan teori berkenaan.

Pihak kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu.

Tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ, kata seorang jurucakap Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

“Spekulasi bahawa penumpang MH370, Philip Woods menghantar mesej foto dari Diego Garcia juga tidak benar,” katanya.

Menurut beliau, AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara Maldives pada pagi 8 Mac lepas.

”Tidak ada petunjuk bahawa MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia,” katanya.

Berkaitan data, jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di Pine Gap, Australia.

Jurucakap itu berkata usaha kerjasama Malaysia dan Australia, tujuh kapal Tentera Laut AS bersama 26 negara lain dilakukan berdasarkan kawasan yang dikenalpasti oleh pakar-pakar Malaysia dan antarabangsa.


2 comments:

  1. Perisikan Malaysia belum mencapai taraf dunia . Sampai macam ni pun tak boleh tau nak bertindak. Lemah betul risikan .Tak macam CIA ,Mossad dan M16 . Malaysia patut lebih peka dan ambil tahu hal ehwal dunia . Sekarang bukan macam dulu lagi . Anggap kita sentiasa ada musuh . Jangan terlalu baik nanti rosak akibatnya .

    ReplyDelete
  2. sapa berani kata Negara ni tak canggih. nanti tengok. tok moo tropong ajaib kan kata nak pi tropong kat perth pula. ha haaaa....amerika pun belum ada teknologi canggih macam ni.....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.