Friday, April 25, 2014

Amin Idris Pengacara TV AlHijrah Pula Difitnah dan Diugut RM20,000


“Patutlah sepanjang 10 minit perbualan kami melalui Skype, lelaki itu minta saya melakukan beberapa pergerakan badan. Rupa-rupanya dia rakam dan gunakannya untuk buat tiga video pendek yang mengaibkan saya.

“Dia ugut akan musnahkan kerjaya dan masa depan saya dengan sebarkan video itu jika saya tidak mengirimkan wang RM20,000 kepadanya,” kata penyampai stesen televisyen Al-Hijrah, Amin Idris.



Amin, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada hujung Mac lalu apabila dia menerima pesanan daripada pemilik akaun Facebook (FB) dengan nama Stevan Cruz ketika melayari laman sosial itu di rumahnya.

Menurutnya, Stevan memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan sumber manusia yang dilantik beberapa pengurusan kilang di Filipina dan ingin menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi kepada pekerja kilang.


MESEJ yang diterima Amin menggunakan akaun FB palsu.


“Dia kemudian mengajak saya beralih kepada Skype kerana lebih mudah untuk berbincang melalui video dan tanpa mengesyaki apa-apa saya membuka akaun Skype semata-mata mahu memenuhi pelawaannya itu.

Semoga Amin Idris tabah menghadapi fitnah dan dugaan ini dan dicadangkan beliau membuat laporan polis.

3 comments:

  1. Semoga Amin Idris bersabar di atas ujian itu....marilah kita sama-sama bagi moral support pada beliau.

    ReplyDelete
  2. Ostad yang duduk sebelah tu tak bolih nolong ke? Buat ke hembusan jampi pada penghianat tu biar dia jadi meroyan tah ingat diri sendiri....

    ReplyDelete
  3. https://imageshack.us/i/pnoUjZY6j

    https://imageshack.us/i/poDguQgJj

    Amin idris original. Syaitan bermotivasi. You’re welcome.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.