Sunday, April 27, 2014

Anwar Pernah Kata PKR Merupakan Parti yang Paling Telus dan Adil Di Malaysia



Ketua samseng PKR, Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Mohamed Azmin Ali dibatalkan penyertaannya dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Badrul kata tindakan tegas perlu diambil terhadap Azmin berikutan ada bukti yang mengatakan timbalan presiden itu bersama pasukannya melakukan penipuan ketika proses pemilihan di beberapa cabang di Sarawak.

Badrul yang juga pasukan Khalid Ibrahim, berharap JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

"Perkara ini pernah berlaku pada pemilihan 2010 dan telah dilaporkan namun tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Azmin.

"Kita perlu membuktikan kepada rakyat yang bahawa kita serius menentang penipuan dalam pilihan raya dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

"Rakyat memerhatikan pemilihan PKR, jangan kita buat perkara yang kita kecam dan kita kutuk bila lawan kita lakukan tetapi kita juga tidak kurang 'hebat' dalam membuat silap mata," katanya.

Badrul dan beberapa lagi aktivis PKR yang tidak bersama pasukan Azmin sejak malam tadi mula menjalankan kempen supaya timbalan presiden PKR itu dibatalkan pencalonannya.


Inilah bukti bahawa parti PKR merupakan parti yang paling telus adil sepertimana kata Anwar Ibrahim.

5 comments:

  1. YB Tuan Hj.Hadi ! kalau ujud hukum Hudud penipuan sebegini apa hukumnya? Fitnah jual pil kuda mahkamah dah putuskan RM.2 juta,hukum hudud pula apa hukumannya.?

    ReplyDelete
  2. Kalau kesalahan meliwat, nak potong si anu tu ke. Eh eh , takuuuut.

    ReplyDelete
  3. Najib vs Anwar salah satu yg excellance yg satu mesti down. Nampak era Anwar akan tenggelam.

    ReplyDelete
  4. Ini perang besar . Biasanya yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu. Tapi kali ini nampak macam perang tak sudah . Last sekali jadi makanan dapig. Yang penyokong tu tunggu apa lagi. Chau la.........tunggu apa lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyokong puak ni nak chau? Dah jadi arang tunggu nak jadi abu pun belum tentu lagi dorang chau.....

      Delete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.