Sunday, April 6, 2014

Ayah pramugari MAS bangga, anak suap warga emas

Ayah kepada seorang pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) bangga apabila mendapat tahu anak beliau menyuap makanan kepada seorang penumpang warga emas. Gambar pramugari berkenaan yang dikenali sebagai Syarifah Firnaz Al-Yahya menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna media sosial Malaysia.

"Kawan saya yang hantar gambar itu menerusi Facebook. Dia tanya 'Itu anak awak ke?' tetapi saya cakap itu gambar lama, sudah dua tahun pun. 


"Namun saya sedih bila ada yang berkata bahawa ia hanyalah seperti satu drama. Saya tetap bangga dengan beliau," kata Syed Farieh Hassan 

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang pramugara bermula pada tahun 1974 dan mengakui bahawa layanan Penerbangan Malaysia(MAS) memang terbaik.

"MAS memang terbaik. Saya cakap ini bukan kerana saya pernah berkhidmat bersama mereka dan anak saya kini pramugari tetapi keselamatan diutamakan ketika latihan. MAS juga untuk beberapa tahun pernah memenangi anugerah kru penerbangan terbaik oleh Skytrax," jelas beliau.

Syed Farieh turut berkata anak beliau membantu seorang warga emas yang duduk di kelas ekonomi dan ini menunjukkan dedikasi kru MAS.



"Saya tidak hairan jika ia berlaku di kelas Pertama atau Perniagaan (Business Class), jadi mereka memang akan memberikan layanan yang bagus. Tapi Kelas Ekonomi MAS memang ada 'kelas'," tambah Syed Farieh.

Ditanya tentang personaliti anak beliau, beliau akui bahawa Syarifah Firnaz memang mesra, bukan sahaja ketika bekerja tetapi di rumah bersama ahli keluarga.

"Dia selalu menjaga nenek beliau, iaitu ibu saya. Kalau balik dari kerja, dia akan terus ke bilik neneknya. Dia juga sering menolong ibunya dan juga tiga anak saudaranya. Dia memang mesra."

Selepas kejadian kehilangan MH370, beliau agak risau dengan kerjaya anak yang memerlukannya terbang ke seluruh dunia.

"Saya juga pernah lalui pengalaman yang sedih dimana rakan sekerja berada di dalam pesawat MH653 yang terhempas di Tanjung Kupang. Namun mana-mana syarikat penerbangan akan utamakan keselamatan dan sekuriti.

"Ajal itu boleh berlaku dimana-mana. Kita hanya perlu berdoa. Saya tetap berikan sokongan kepada beliau."

Syed Farieh kini sudah bersara dan kini menjadi pemandu pelancong dimana beliau akan ke luar negara sebanyak 12 hingga 13 kali setahun.

"Saya tidak pernah menaiki pesawat dimana anak saya bertugas sebagai pramugari. Dia pernah ajak saya juga tapi atas tugasan, kita tidak sempat menaiki pesawat yang sama. Tapi mungkin satu hari nanti," akhiri beliau.

2 comments:

Anonymous said...

Ada tak paramugari MAS yg. BERTUDUNG kerana Malaysia ini NEGARA ISLAM - JANGAN pula yg. pakai tudung didiskriminasi! Dan Kebaya pun punyalah ketat - baik tukarkan saja pd. kebayaya labuh dan longgar; supaya menghormati ISLAM sbg. AGAMA PERSEKUTUAN!

Dan saya syaki MAS mahupun Malindo Air mungkin akan terus disasarkan dgn. pelbagai SABOTAJ, selagi tidak menjadikan Barat-Zionis sbg. 'partner'nya (termasuk motiv lain)!
Tapi MALANGNYA MAS makin di "Barat-Zioniskan" akibat menyertai One World Alliance (salah satu agenda New World Order/One World Government), spt. Etihad dan Qatar Airways! Sebab itu agaknya, paramugari tak ada atau tak dibenarkan yg. BERTUDUNG sdgkan Malaysia adalah NEGARA ISLAM dan MAS adalah penerbangan nasional. Begitu juga dgn. Qatar dan Etihad Airways, yg. penuh dgn. paramugari Barat/Bukan Islam yg. PENYOMBONG (pernah saya sendiri lihat keangkuhan mereka layan org. kampong/tak pandai cakap omputih, yg. nak pi Umrah) - dan pakaian paramugari lansung tak bercorak Islam (pakai skirt) sedgkan itu negara Arab pula dan airport mereka pun diDOMINASI pekerja asing Bukan Islam; sedgkn ramai umat Islam, termasuk dr. kampung, menggunakan penerbangan MAS dan Etihad dan Airport, utk. menunaikan Umrah dan Haji.

Melalui One World Alliance ini, dan insiden terbaru ini, MAS mungkin akan dipaksa utk. bergabung dgn. syarikat Barat-Zionis, termasuk Air Berlin - spt. sy. penerbangan Qatar dan Etihad Airlines itu (apalagi MAS makin dipenuhi konsultan luar termasuk dari Barat dan lihat di http://theunspinners.blogspot.com/2013/08/idris-jala-cadang-jual-omar-ong-jadi.html, Idris Jala cadang jual, Omar Ong jadi konsultan sebat komisyen?, by The Unspinners, 8/15/2013 )!

Sedangkan Jerman sangat bahaya kerana ia penyokong paling kuat ZIONIS-Israel bersama US/UK - lihat http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/, Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).


Anonymous said...

Komen makcik belacan ada kebenarannya. pedas tetapi penuk keberanian. walau apa pun anak pramugari tadi hanyalah pekerja biasa sahaja . ikut perintah saja. dan tak semua pramugari bersikap begini. ada yang berperangai mengada2 layan tak layan. macam2 adaaaaaaaa.
apa pun orang macam mak cik belacan ni la kena ketengahkan idea2 bernas untuk MAS agar mengubah wajah dari wajah kafir kepada wajah islam. jangan salah budak pramugari tu, dia tu tak tau sangat, ikut perintah saja. tapi ye lah...... bagus budak tu. andai hatinya ikhlas membantu dah kira cukup cantik. sejuk hati mak bapa dia ...dapat anak macam ni punya elok perangai dia.

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.