Thursday, April 10, 2014

Azmin Dan Hanipa Diarah keluar Sebab Degil Mahu Pertahan Kes Liwat Anwar


Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) diarahkan keluar daripada sidang Dewan Rakyat hari ini di bawah Peraturan Mesyuarat 44 berkaitan dengan kelakuan tertib di dalam mesyuarat.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu setelah Mohamed Azmin berdegil mahu membahaskan usul berkaitan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan 2013) yang diluluskan semalam.

Turut diarahkan keluar daripada sidang Dewan Rakyat ialah Mohamed Hanipa Maidin (Pas-Sepang) yang bangkit mempertikaikan arahan tersebut beberapa minit kemudian.

Sebagai Timbalan Presiden PKR Azmin memainkan peranan politiknya walaupun dalam hati terlalu meluat dengan gelagat Anwar Ibrahim. Jika tidak melakukan ini Azmin akan dianggap tidak menyokong Anwar.

Bagi Mohamed Hanipa Maiden daripada parti Pas pula kemenangannya di Parlimen Sepang adalah dengan bantuan penuh daripada sokongan penyokong Anwar Ibrahim. Tanpa sokongan penyokong Anwar Ibrahim Hanipa mungkin tidak akan menjadi ahli parlimen di Sepang.

1 comment:

  1. Anwar, janganlah bodohkan rakyat. Mana alibi anda dan kenapa anda tidak bela diri secara bersumpah. Anwar, kenapa menuduh Hakim ada kena mengena dengan Najib. Dulu kata hakim ada kautim dengan Mahathir. Anda bodoh ke PENIPU, bacalah buku kenegaraan dalamnya akan diterangkan kedudukan Hakim. Anda bodoh.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.