Friday, April 25, 2014

Berita Yang Tak Akan Keluar Dalam Harakah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan membuka 100 tempat kepada warga pondok untuk melanjutkan pendidikan serta latihan dalam bidang pengajian yang mereka pilih, di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

“Separuh daripada bilangan ini, iaitu 50 tempat, dikhususkan kepada guru-guru pondok yang layak ke Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam di Bangi, Selangor. Bakinya adalah untuk 50 pelajar pondok yang memenuhi kelayakan minimum untuk ke universiti-universiti tempatan seperti Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai,” kata Najib.

Katanya permohonan daripada calon yang layak boleh dibuat dan diproses melalui Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), yang akan bekerjasama dengan kementerian dan universiti berkaitan berhubung pengagihan tempat kepada guru dan pelajar pondok yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Kemasukan pelajar pondok yang berkelayakan ke universiti dan institut perguruan agama dengan pembiayaan sepenuhnya oleh kerajaan akan bermula untuk sesi 2015/2016,” katanya.

Najib berkata langkah itu bagi menghargai peranan, jasa serta sumbangan pondok selama ini dan juga setelah mendengar cadangan dan pandangan daripada pihak terbabit.

Beliau turut mengumumkan geran RM500,000 diluluskan kepada YPPM bagi usaha mencari, memperoleh dan memulih semula kitab-kitab lama dan muktabar, yang berada di dalam dan luar negara.

“Sesetengahnya ada dalam koleksi perpustakaan pondok, pesantren, milik peribadi ulama, dan keluarga tertentu. Sesungguhnya ini bukan suatu kerja mudah, ia memerlukan pengetahuan, kecekapan dan masa yang lama untuk menjejak dan memperoleh teks tersebut.

Kitab dan teks lama yang lusuh perlu dipulih semula menggunakan teknologi moden. Ini boleh dilakukan di negara kita sendiri kerana kita ada kepakaran dan teknologi bagi tujuan sedemikian,” kata Najib.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Eksekutif YPPM Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Ijtimak Pondok Malaysia 2014 selama dua hari bermula semalam disertai 1,300 peserta termasuk wakil institusi pondok dari selatan Thailand dan Indonesia.

Najib berkata adalah menjadi harapan beliau agar warga pondok akan terus memainkan peranan sebagai benteng mempertahan kedaulatan dan kesucian Islam sebagai addin, berteraskan Perlembagaan Negara.

“Mutakhir ini, berlakunya ajaran liberalisme, sekularisme, pluralisme dan fahaman songsang yang bertentangan dengan Islam. Percayalah bahawa kerajaan menolak sebarang ancaman terhadap akidah umat Islam dan sebarang usaha memecahbelahkan perpaduan antara rakyat.

“Kita juga tegas menolak sebarang gerakan dan fahaman yang bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks ini, saya amat menghargai pandangan dan pendirian para ulama dan warga pondok beserta NGO (badan bukan kerajaan) di dalam mempertahankan kesucian Islam,” katanya.

Najib berkata realitinya, hari ini wujud sesetengah kelompok yang bersikap liberal, secara terbuka dan bebas bersuara tanpa mengambil kira perasaan atau sensitiviti pihak lain.

“Walaupun mengetahui bahawa Islam adalah Agama Persekutuan yang dijamin dalam Perlembagaan, mereka terus mencabar dan mahu mengubah apa yang sudah termaktub selama ini,” katanya.

Katanya kerajaan mahu melihat sistem pengajian pondok terus kekal dan relevan, serta pengiktirafan sewajarnya diberikan kepada para ulama dan guru pondok dan untuk itu kerajaan akan terus mengarusperdanakan institusi pondok bagi mengangkat agenda Pendidikan Islam Negara.


3 comments:

  1. D.S.Najib. Usha sebegini murni selayaknya diteruskan dan diperkembangkan . Sekarang ini Islam mesti daulatkan semula setelah dicemar dengan ajaran2 songsang manusia syaitan berlagak ustad dalam klompok manusia memburu nafsu keduniaan dengan menggadaikan agama. Rakyat sejati berterima kasih kepada segala usha dijalankan.

    ReplyDelete
  2. sepertinya PAS tidak cuba mendampingi masyarakat pondok, atau gagal mendampingi. Apa puncanya ya ?

    ReplyDelete
  3. SYUKUR ALHAMDULILLAH - semoga ISLAM/umatnya terus terbela dan dilindungi kat tanah Melayu ISLAM kita ini!

    Tapi, harapnya, YAB DS Najib serta YB DS Mukhriz juga akan MEMPASTIkan Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Kedah tu TIDAK ditutup! Apalagi Univ. ini membantu anak-anak Islam global yg. miskin mendpt. pendidikan PERCUMA!

    Bahkan kita perlukan lebih banyak Univ. spt. ini utk. mengambil juga anak-anak pelarian Islam, terutamanya anak-anak pelarian Palestin, terutamanya dr. kem pelarian di Jordan dan Syria [yg. sedang di kepung Pengganas pemberontak 'Islam', yg. sebenaqnya diketuai ejen Barat-Mossad utk. membunuh secara beramai (Genocide) pelarian Islam Palestin]. Kerana mereka dan anak-anak pelarian Islam lain, termasuk anak-anak Islam Syria, Iraq, dan dari benua Afrika sedg. disasarkan untuk diKURANGkan, secara rahsia utk. diHAPUSkan ketururunan mereka, termasuk menjadi mandul, dijangkiti penyakit, atau dijual oleh sindiket pelacuran/perdagangan organ kanak-kanak (oleh ejen-ejen Barat-ZIONIS/Israel, di kem-kem pelarian, yg. menyamaq sbg. NGO-NGO), melalui pemberian bantuan makanan secara besaran (termasuk dr. Israel, yg. labelnya telah dipalsukan) serta suntikan besaran (kononnya utk. menghalang wabak penyakit), termasuk di bawah UN yg. dikuasai Barat-ZIONIS. Sebenaqnya jumlah umat Islam global mahu diKURANGKan melalui peperangan BUAS Barat-ZIONIS yg. berterusan di samping merompak kekayaan minyak-gas Dunia Islam!

    Jadi sepatutnya, perjanjian TPPA tak patut disertai Dunia Islam spt. Brunei dan Malaysia kita (TPPA didominasi ZIONIS-Israel sebenaqnya, kerana mereka telah menguasai rejim Barat serta Singapura dan Mexico)– tolonglah dengaq cakap YAB Ayahanda Tun kita dan sepatutnya buatlah perjanjian perdagangan global spt. ini antara Dunia Islam dlm. OIC, termasuk bidang pelancongan, pendidikan ISLAM, menguruskan kem-kem pelarian Islam, perdagangan dan KETENTERAAN termasuk tentera pengaman OIC!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Kesultanan Melayu/PERKASA/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.