Tuesday, April 1, 2014

Bila Masa Pula Saya Beri Kenyataan Pada The Daily Mail?


Naib Presiden Persatuan Juruterbang Malaysia, Kapten Abdul Manan Mansor, tidak pernah dihubungi oleh The Daily Mail atau memberi kenyataan mengenai juruterbang Penerbangan MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Beliau juga menafikan ada memberi kenyataan bahawa Zaharie, 53, mengalami gangguan psikologi ekoran masalah rumah tangga seperti yang disiarkan MailOnline iaitu portal online The Daily Mail. 

“Penipu besar! Saya tak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kepada mana-mana wartawan dari Daily Mail.” Demikian tegas Presiden Persekutuan Juruterbang Malaysia (MPA) Kapten Abdul Manan Mansor.

Beliau berang apabila portal berita berpangkalan di United Kingdom itu menyiarkan laporan berita memetik dia mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah mungkin membunuh diri.

Daily Mail itu juga memetik Abdul Manan sebagai berkata, Zaharie berada dalam keadaan psikologi tidak stabil akibat masalah rumah tangga.

Abdul Manan berkata, semua berita 10 perenggan itu rekaan Daily Mail semata-mata dan dia langsung tidak tahu bagaimana mereka boleh berbuat begitu.



KERATAN laporan berita Daily Mail mendakwa Kapten Zaharie mungkin membunuh diri.

“Saya berpendapat wartawan terbabit tiada cerita lagi. Semua orang mencari jawapan kehilangan MH370, semua tanya kenapa kerana operasi dan menyelamat sudah memasuki hari yang ke-24",katanya lagi.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.